Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, June 10, 2009

cacian penyokong PAS terhadap kepimpinan PAS berkenaan isu Kerajaan perpaduan



Thursday, June 11, 2009 1:45:00 AM MYT mustapa ali,nasha,din tantawi,hj hadi,harun din/taib,bakar chik,idris ahmad tolong lah masuk umno. jangan lagi dok rosakan pas dari dalam. ajak lah hasyim jasin sekali dia pun dok rasa nak lawan umno di perlis pun dah tak larat sebab tu nak cepat berpadu ngan umno haprak.

RAJA said...

Thursday, June 11, 2009 2:14:00 AM MYT Salam.

Mmg suasana politik dalaman PAs hari ini tengah nazak. Mungkin sama2 duk dlm bilik icu bersama UBN. Cuma PAs belum guna mesin bantuan hayat mcm UBN.

Bak kata pepatah, tiada beban batu digalas. Itulah yg berlaku skrg. PR nak tak nak terpaksa mengalas batu yg diletak atas bahu mereka oleh segelintir pimpinan PAs yg membuat kenyataan yg flip-flop.

Teguran dari TGNA tentang UG tidak diendahkan malah diperlekeh pula oleh Timbalan yg baru naik junjung.

Nampaknya jika TGNA tidak melakukan tindakan drastik bagi meredakan keadaan ini dalam waktu terdekat, PAs mungkin lumpuh akibat virus dalaman.

Hujah ampuh ialah jamaah wajib wala' kpd pimpinan.

Maka ruang utk berhujah telah ditutup setelah idea UG menimbulkan kegelisahan krn tiada penerangan. Kalau ada pun makin mengusutkan keadaan.

Jelaslah skrg mengapa Kelantan berjaya dipertahan oleh TGNA. Genius politik beliau memang tidak terjangkau oleh pimpinan lain.

Justeru tindakan menidakkan pandangan TGNA bolehlah dianggap sebagai 'bodoh sombong'.

____________________________________________________________________________________

ini lah cacian penyokong PAS berkenaan kerajaan perpaduan. dimana perjuangan islam yang mereka bawa, apakah asas perjuangan mereka, UMNO pula tidak pulak mencaci Hj Hadi kerana memberikan idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, kerana UMNO memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan orang melayu islam.

semua pembaca fikirkanlah adakah tindakan penyokong PAS ini wajar, dan inikah sikap orang yang memperjuangkan islam, Rasullallah tidak pernah membeza-bezakan umatnya yang beragama ISLAM.

tapi saya rasa itu memang dah tabiat mereka penyokong PR, mufti lagi dihina inikan tn guru mereka.


-cicitmaharajalela-

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan

kerajaan perpaduan adalah satu perancangan yang di bawa oleh Tn Hj Abd Hadi di dalam muktamar pas baru-baru ini. pelbagai reaksi dan respon dari perwakilan, parti yang berada dalam pakatan pembangkan serta tak ketinggalan juga dari UMNO.

Apa yang dapat dilihat ramai penyokong PAS yang tidak boleh menerima cadangan yang dibawa oleh President parti mereka, apa yang difikirkan oleh mereka tentang kerajaan perpaduan. tetapi bagi UMNO mereka akan mendegar dan berbincang dengan sebaik mungkin jika kerajaan perpaduan ini mendatangkan menfaat yang baik dan sempurna untuk orang melayu yang beragama ISLAM.

Perjuangan memertabatkan ISLAM yang dibawa oleh PAS nampaknya sudah jauh menyeleweng apabila Pendapat President PAS untuk kebaikan UMAT ISLAM ni Negara Ini disangah oleh penyokong atau ahli Pas dan kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Sebagai Pemerhati kepada PAS , saya merasa amat pelik dengar ulasan serta komen yang diberikan oleh mereka yang berada dalam PAS.

muslimat PAS contohnya menolak kerjasama PAS dengan UMNO , bukankan yang berada dalam Parti UMNO ini beragama Islam juga. dalam AL-quran menyuruh kita sesama islam tidak ada persengketaan. tetapi dimana yang muslimat PAS belajar sampai menolak kerjasama yang betlum ada keputusan nya.

secara riasonal sepatutnya mereka perlu mendengar dan mengahtahui tujuan asal dan maksud kerajaan perpaduan itu. kami di pihak UMNO akan menerima muzakarah bersama PAS untuk kebaikan rakyat MALAYSIA. walaupun kami tak tahu apa yang di maksudkan kerajaan perpaduan oleh Tn Hj Hadi.

kesimpulan yang dapat saya buat disini , selalulah berangapan baik dengan setiap yang ingin dilakukan, bukan berangapan buruk seperti yang berlaku sekarang, sampaikan DAP pon boleh menyuruh PAS memberikan penjelasan. walhal mereka mengadakan perbincangan dengan MCA dan gerakan tidak pulak kita sebagai parti melayu meminta setiap penjelasan mereka .. ini lah yang saya laungkan perjuangan belum selesai.

lihat, pandang serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

Sunday, June 7, 2009

Media Cetak Negara Adil dan Sama rata

Saudara-saudari pembaca yang saya kasihi dan hormati, sekarang sedang berjalannya muktamar PAS yang ke 56. apa yang menarik perhatian bukan isu perbincangan, usul mahu pon mahu wujudkan kerajaan perpaduan atau tidak, cuma mengenai surat khabar Utusan yang selama hari ini kononya dikatakan dikuasi oleh kerajaan atau UMNO.

Saudara-saudari pembaca semua, Utusan Malaysia memaparkan segala isu,usul dan maklumat untuk perjalanan muktamar PAS yang ke 56 ini didalam beberapa helaian khas untuk dibaca oleh rakyat tidak mengira PAS atau UMNO, apa yang dapat saya halusi tiada satu pun cercaan di lemparkan kepada kepimpinan PAS dan seluruh perwakilan PAS serta usul yang dibawa oleh mereka.

selama hari ini pelbagai tomahan dan cacian mereka berikan kepada Utusan Malaysia kononya surat khabar rasmi UMNO dan Kerajaan. tapi semua itu hanya satu cacian yang tidak bermakna kerana sangkaan mereka memang jauh lebih meleset dari asal, tapi saya berani katakan bahawa HARAKAH adalah satu surat Khabar yang hanya menceritakan perihal pemimpin PAS dan keburukan UMNO sahaja. ketika Mesyuarat Agong UMNO di PWTC setiap usul yang UMNO bawa semua dicaci di keji didalam HARAKAH. tetapi kalau berita tentang PAS mereka julang melangit.

inikah yang mereka laung-laungkan bahawa sistem media dalam malaysia tidak demokrasi dan utusan Malaysia berat sebelah. yang saya dapat simpulkan disini bahawa pemimpin PAS hanya Cakap Tak SeRupa BikIN. Majalah rasmi mereka tak apa berat sebelah tapi majalah rasmi orang lain perlu ceritakan kebaikan mereka...boleh bllaaahhh ler PR. (PENIPU RAKYAT)

sekian

renung,lihat jeling serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

Wednesday, June 3, 2009

Depa Kata Rakyat Perak Tak Terima Zamry Sebagai MB, Betul Ker????




















Assalammualaikum...


saudara pembaca yang budiman, seperti yang kalian tahu bahawa makamah telah mengesahkan siapa MB Perak yang sah. Jadi tak perlu dipertikaikan lagi tentang kesahihan Zamry sebagai MB Perak. Pada masa ini Dr Zamry amat sibuk turun padang berjumpa dengan rakyat untuk untuk memberi ruang rakyat untuk bertanyakan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Alhandulillah rakyat Perak dengan terbuka hati menyambut kedatangan MB dengan hati yang terbuka dan telah menerima beliau sebagai MB Perak yang sah, ini membuktikan bahawa sistem perlembagaan Negara masih utuh diguna pakai.cuma fitnah dari Pembangkang kononya rakyat negeri Perak tidak menerima beliau sebagai MB. hakikatnya beliau diterima oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum.

saya berani berkata begitu kerana semasa beliau datang ker Kg Gajah semalam 3.6.09 cukup ramai rakyat yang datang untuk mendengar amanat MB. apa yang dapat saya lihat bukan dari kalangan orang dewasa sahaja yang datang tetapi wanita, muda, tua bangsa india dan cina semua hadir bagi meraikan kehadiran beliau ke kg gajah.

kesimpulanya tomahan dan fitnah yang dilontarkan oleh Nizar chin adalah satu penipuan, kononnya rakyat hendak bubar DUN, rakyat tak terima Zamry. hakikatnya rakyat menolak Pembawa fitnah seperti NIZAR CHIN.

sekian.

lihat, tenung, pandang serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

Tuesday, May 26, 2009

Apa Dah Jadi Dengan PKR

Penamaan calon di pilihanraya kecil DUN penanti telah dilaksanakan. 4 orang calon menawarkan diri untuk merebut kerusi DUN penanti 1 PKR dan 3 BEBAS, apa yang dapat kita saksikan senario pilihanraya kecil pada zaman ini cukup ramai yang berminat untuk bertanding atas tiket BEBAS , saya selaku pemerhati berasa pelik manakah datang nya calon-calon BEBAS ini, adakah mereka dari kalangan orang yang tidak puashati dengan UMNO ,BN atau PR .

bukan bab ini yang ingin saya bincangkan tetapi tentang sogokkan PKR kepada salah seorang calon BEBAS iaitu kak min. sekarang baru terbuka sedikit demi sedikit pekong PKR, ada pulak hajat ingin merasuah kak min supaya menarik diri dari bertanding di DUN penanti. yang menjadi kemusykilan nya, selama ini PKR terutama Penasihat PKR DSAI bukan main kononnya memerangi rasuah. tetapi hari ini apa yang telah berlaku.. baru ada sedikit kuasa sudah mula nak rasuah orang.

pada pandangan saya kalau PKR sudah berkuasa di Malaysia ini lagi teruklah mereka melakukan rasuah, dari satu kes ke satu kes telah terbuka untuk masyarakat menilai ketelusan Pemimpin PKR dan PR. saya yakin dan percaya bahawa penyokong PKR dan PR tidak akan melarikan diri dari menyokong PKR sebab mereka sebenarnya bukan hendakan atau menuntut keiklasan dan ketelusan tetapi mereka hanya mahu menjatuhkan UMNO , mungkin mereka pon telah menjadi buta tuli , tak kisah apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka, janji UMNO tumbang.

itulah bertapa hipokriknya Perjuangan yang dibawakan oleh PKR dan PR diketuai oleh DSAI, penipuan yang teramat sangat telah dilakukan oleh DSAI terhadap penyokongnya.. penyokong beliau tetap kata beliau yang terbaik.. saya percaya mereka telah memakan hasutan DSAI,

sekian

pandang,lihat,tenung serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-