Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, June 10, 2009

cacian penyokong PAS terhadap kepimpinan PAS berkenaan isu Kerajaan perpaduan



Thursday, June 11, 2009 1:45:00 AM MYT mustapa ali,nasha,din tantawi,hj hadi,harun din/taib,bakar chik,idris ahmad tolong lah masuk umno. jangan lagi dok rosakan pas dari dalam. ajak lah hasyim jasin sekali dia pun dok rasa nak lawan umno di perlis pun dah tak larat sebab tu nak cepat berpadu ngan umno haprak.

RAJA said...

Thursday, June 11, 2009 2:14:00 AM MYT Salam.

Mmg suasana politik dalaman PAs hari ini tengah nazak. Mungkin sama2 duk dlm bilik icu bersama UBN. Cuma PAs belum guna mesin bantuan hayat mcm UBN.

Bak kata pepatah, tiada beban batu digalas. Itulah yg berlaku skrg. PR nak tak nak terpaksa mengalas batu yg diletak atas bahu mereka oleh segelintir pimpinan PAs yg membuat kenyataan yg flip-flop.

Teguran dari TGNA tentang UG tidak diendahkan malah diperlekeh pula oleh Timbalan yg baru naik junjung.

Nampaknya jika TGNA tidak melakukan tindakan drastik bagi meredakan keadaan ini dalam waktu terdekat, PAs mungkin lumpuh akibat virus dalaman.

Hujah ampuh ialah jamaah wajib wala' kpd pimpinan.

Maka ruang utk berhujah telah ditutup setelah idea UG menimbulkan kegelisahan krn tiada penerangan. Kalau ada pun makin mengusutkan keadaan.

Jelaslah skrg mengapa Kelantan berjaya dipertahan oleh TGNA. Genius politik beliau memang tidak terjangkau oleh pimpinan lain.

Justeru tindakan menidakkan pandangan TGNA bolehlah dianggap sebagai 'bodoh sombong'.

____________________________________________________________________________________

ini lah cacian penyokong PAS berkenaan kerajaan perpaduan. dimana perjuangan islam yang mereka bawa, apakah asas perjuangan mereka, UMNO pula tidak pulak mencaci Hj Hadi kerana memberikan idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, kerana UMNO memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan orang melayu islam.

semua pembaca fikirkanlah adakah tindakan penyokong PAS ini wajar, dan inikah sikap orang yang memperjuangkan islam, Rasullallah tidak pernah membeza-bezakan umatnya yang beragama ISLAM.

tapi saya rasa itu memang dah tabiat mereka penyokong PR, mufti lagi dihina inikan tn guru mereka.


-cicitmaharajalela-

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan

kerajaan perpaduan adalah satu perancangan yang di bawa oleh Tn Hj Abd Hadi di dalam muktamar pas baru-baru ini. pelbagai reaksi dan respon dari perwakilan, parti yang berada dalam pakatan pembangkan serta tak ketinggalan juga dari UMNO.

Apa yang dapat dilihat ramai penyokong PAS yang tidak boleh menerima cadangan yang dibawa oleh President parti mereka, apa yang difikirkan oleh mereka tentang kerajaan perpaduan. tetapi bagi UMNO mereka akan mendegar dan berbincang dengan sebaik mungkin jika kerajaan perpaduan ini mendatangkan menfaat yang baik dan sempurna untuk orang melayu yang beragama ISLAM.

Perjuangan memertabatkan ISLAM yang dibawa oleh PAS nampaknya sudah jauh menyeleweng apabila Pendapat President PAS untuk kebaikan UMAT ISLAM ni Negara Ini disangah oleh penyokong atau ahli Pas dan kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Sebagai Pemerhati kepada PAS , saya merasa amat pelik dengar ulasan serta komen yang diberikan oleh mereka yang berada dalam PAS.

muslimat PAS contohnya menolak kerjasama PAS dengan UMNO , bukankan yang berada dalam Parti UMNO ini beragama Islam juga. dalam AL-quran menyuruh kita sesama islam tidak ada persengketaan. tetapi dimana yang muslimat PAS belajar sampai menolak kerjasama yang betlum ada keputusan nya.

secara riasonal sepatutnya mereka perlu mendengar dan mengahtahui tujuan asal dan maksud kerajaan perpaduan itu. kami di pihak UMNO akan menerima muzakarah bersama PAS untuk kebaikan rakyat MALAYSIA. walaupun kami tak tahu apa yang di maksudkan kerajaan perpaduan oleh Tn Hj Hadi.

kesimpulan yang dapat saya buat disini , selalulah berangapan baik dengan setiap yang ingin dilakukan, bukan berangapan buruk seperti yang berlaku sekarang, sampaikan DAP pon boleh menyuruh PAS memberikan penjelasan. walhal mereka mengadakan perbincangan dengan MCA dan gerakan tidak pulak kita sebagai parti melayu meminta setiap penjelasan mereka .. ini lah yang saya laungkan perjuangan belum selesai.

lihat, pandang serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

Sunday, June 7, 2009

Media Cetak Negara Adil dan Sama rata

Saudara-saudari pembaca yang saya kasihi dan hormati, sekarang sedang berjalannya muktamar PAS yang ke 56. apa yang menarik perhatian bukan isu perbincangan, usul mahu pon mahu wujudkan kerajaan perpaduan atau tidak, cuma mengenai surat khabar Utusan yang selama hari ini kononya dikatakan dikuasi oleh kerajaan atau UMNO.

Saudara-saudari pembaca semua, Utusan Malaysia memaparkan segala isu,usul dan maklumat untuk perjalanan muktamar PAS yang ke 56 ini didalam beberapa helaian khas untuk dibaca oleh rakyat tidak mengira PAS atau UMNO, apa yang dapat saya halusi tiada satu pun cercaan di lemparkan kepada kepimpinan PAS dan seluruh perwakilan PAS serta usul yang dibawa oleh mereka.

selama hari ini pelbagai tomahan dan cacian mereka berikan kepada Utusan Malaysia kononya surat khabar rasmi UMNO dan Kerajaan. tapi semua itu hanya satu cacian yang tidak bermakna kerana sangkaan mereka memang jauh lebih meleset dari asal, tapi saya berani katakan bahawa HARAKAH adalah satu surat Khabar yang hanya menceritakan perihal pemimpin PAS dan keburukan UMNO sahaja. ketika Mesyuarat Agong UMNO di PWTC setiap usul yang UMNO bawa semua dicaci di keji didalam HARAKAH. tetapi kalau berita tentang PAS mereka julang melangit.

inikah yang mereka laung-laungkan bahawa sistem media dalam malaysia tidak demokrasi dan utusan Malaysia berat sebelah. yang saya dapat simpulkan disini bahawa pemimpin PAS hanya Cakap Tak SeRupa BikIN. Majalah rasmi mereka tak apa berat sebelah tapi majalah rasmi orang lain perlu ceritakan kebaikan mereka...boleh bllaaahhh ler PR. (PENIPU RAKYAT)

sekian

renung,lihat jeling serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-