Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Friday, April 24, 2009

TAHNIAH BARISAN MKT UMNO DARI PASIR SALAK

dari kiri, Dato Ainon (K.Wanita), Dr Wan (K.Puteri), Dato Tajuddin (k.Bahagian), Yb Zainol (Tim.Ketua Bahagian ) Pucuk pimpinan UMNO Bahagian Pasir Salak



assalamualaikum w.b.

di pendekkan cerita kami penduduk parlimen pasir salak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato Hj Tajuddin Abd Rahman kerana kejayaan beliau sebagai Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pusat semasa pemilihan pucuk pimpinan baru-baru ini.

ucapan Tahniah juga kepada Dr Wan Norasyikin kerana dilantik sebagai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Pusat bagi mewakili atau mengisi kouta sayap ia itu Puteri.

Diharapa kedua-dua tokoh ini dapat memberi komitmen yang tinggi untuk masyarakat di Pasir Salak.

Saya amat percaya komitmen yang akan diberikan Oleh Dato' Tajuddin B. Abd Rahman kerana saya mengahtahui perjuangan dan semangat beliau untuk membantu bangsa Melayu di Pasir Salak. cuma yang amat merisaukan saya dan semua penduduk DUN Kg Gajah adalah kepada DR Wan Norasyikin. sebab selama menjadi ADUN Kg gajah berbagai rungutan yang didengar oleh saya tentang tanggungjawab dan tugas Dr Wan sebagai ADUN Kg Gajah.

Saya secara peribadi memohon Yb Dr Wan memperbaiki semua kesilapan yang lampau supaya pengundi Kg Gajah tidak merasa menyesal memilih beliau sebagai ADUN.

sekian ,

ALLAHUAKBAR!!!!HIDUP UMNO!!!HIDUP MELAYU!!!HIDUP DATO' TAJ!!!!HIDUP PAHLAWAN PASIR SALAK!!!! HIDUP SEMUA PENDUDUK PASIR SALAK!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 23, 2009

BUKAN TARAF BUMIPUTERA DAH BOLEH MASUK TENDER!!!

Assalamualaikum WBT...

kepada pembaca yang dikasihi, baru-baru ini Dato' Seri Najib telah memansuhkan syarat 30% bumiputera dalam syarikat yang ingin memasuki tender kerajaan, ini yang dipanggil ONE MALAYSIAN.

saya dengan seiklas hati cukup terkilan dan bersedih dengan apa yang telah berlaku semenjak ONE MALAYSIAN diperkenalkan, semasa pembentangan ahli karbinet baru kementeria pembangunan ushawan dan koperasi telah di mansuhkan. saya masih mendiamkan diri, tetapi baru-baru ini bilik ekuiti 30% bumiputera antara syarat syarikat ingin memasuki tender kerajaan di mansuhkan.. ini tidak boleh jadi!!! MELAYU HARUS BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK BUMIPUTERA...

Saya cukup terkejut dengan pengistiharan tersebut.... tetapi inilah punca apabila Anuar Ibrahim melaungkan "MALAYSIA MALAYSIAN" ini kah yang kita mahu. satu persatu hak bumiputera terhakis atau dirampas. Itu sebab saya secara peribadi cukup benci dengan perjuangan yang dibawa oleh PKR, DAP dan sekarang telah dikuti oleh PAS serta hari ini UMNO pon telah tunduk dengan desakan mereka..

Saya sebagai Rakyat Malaysia Berbangsa MELAYU malu dan amat sedih dengan keputusan tersebut.. MARI BANGSA MELAYU ISLAM BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK BUMIPUTERA ADA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.

UMNO, PAS DAN PKR berbangsa melayu harus bersatu mempertahankan MARUAH KITA .

sekian..

Tuesday, April 21, 2009

Sgor Tak Mau DEB..? Hati Hati Perangkap….





Ingat! Jangan cepat melatah….Apakah kita mahu terperangkap lagi dengan political game Khalid Ibrahim bagi pihak si Anwar Ibrahim..??Sewaktu sedang berlangsung Pilihanraya kecil Permatang Pauh bulan Ogos tahun lalu, tiba tiba Khalid buat pengumuman mahu menaikkan kuota peratusan pengambilan kemasukan pelajar-pelajar BUKAN Melayu di UiTM.

Maka ramailah anak anak melayu yang ‘naik berang’ lalu berbondong bondong berarak dan berhimpun di pejabat SUK Selangor membantah keras “tawaran gila” MB Selangor itu.Dalam hal ini, UMNO muncul mendominasi bantahan dimana kesannya seluruh masyarakat bukan melayu melihat betapa sensitifnya parti melayu yang tidak mahu digugat keistimewaannya yang sentiasa terpelihara dan termaktub sejak DEB dilaksanakan.

Natijahnya, BN telah gagal “mengurat dan menawan” hati pengundi bukan melayu, kaum cina khususnya di Permatang Pauh, kemudian berlarutan virus itu ke Kuala Trengganu, terus menular ke Bukit Selambau dan Bukit Gantang….Kini, sebaik sahaja angin Pilihanraya kecil DUN Penanti mahu bertiup kencang, kadam Anwar yang bernama Khalid Ibrahim ini mula mencuit pinggang pemimpin UMNO agar melatah dan akan ikut menari alunan irama Kopi Dangdut kegemaran Ketua Umum PKRnya itu….
Ini dibuktikan dengan kenyataan rasmi semalam oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bahawa “rakyat negeri Selangor tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru”. Apa yang nak kita herankan sebab sememangnya mahzab Anwarisme ini tidak ada kepedulian langsung kepada sensitiviti orang melayu, asalkan dapat menjadi Champion bangsa bukan melayu, itu dah memadai buat mereka….Kenyataan beliau yang sanggup melacurkan DEB adalah satu propaganda murahan supaya bukan melayu terus mendokong Pakatan Pembangkang.

Inilah kick off yang diperlukan untuk mengekalkan sokongan bukan melayu setelah keputusan Pilihanraya kecil Bukit Gantang menyaksikan ada peningkatan yang baik daripada pengundi pengundi melayu kini mahu kembali mendakap UMNO-BN.Maka dengan itu, UMNO seharusnya lebih bijak untuk “divert the pressure” dengan memberikan tekanan kepada PAS Selangor untuk menyatakan apakah formula meyakinkan yang mampu MENJAMIN hak hak melayu akan dipelihara sekiranya DEB dimansuhkan di negeri pemerintahan PKR ini. Walaupun kita boleh menduga PAS tidak akan termampu setelah gagal dalam beberapa hal sebelum ini menyanggah keputusan mengikut selera nafsu PKR & DAP seperti terbukti dalam isu pengawalan jualan alkohol dan terbaru ini menawarkan Yb Elizabeth kembali menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri dan EXCO Selangor……

Kesimpulanya kalau khalid & anuar serta PR tak nak DEB tak per, kita jangan paksa. cuma pihak kerajaan perlu pastikan bahawa mereka dan keluarga mereka tersisih dari DEB.

Antara Sebab BN tak Bertanding PRK Penanti

assalammualaikum....

Teman selaku pembaca dan penulis blog cukup kecewa dengan ayat2 yang digunakan oleh blog pembangkang mengenai UMNO, kome harus sedar bahawa UMNO lah membawa Malaysia kini sehingga maju dan moden. tunjukan pada teman mana kemajuan yang dibawa oleh PAS,DAP,PKR. tak de apa yang mampu mereka bawa. kalau ada pon hanya fitnah dan tomahan serta cacian...

kenapa teman kata macamtu, Pak Najib cakap tak nak sertai PRK Penanti, PR= Penipu Rakyat ni cakap BN takut lah, UMNO @#$%^&* lah... berbagai lagi..pada pendapat teman tapi tak tau ler pendapat mike.. teman bersetuju bebeno dengan tindakan dan keputusan Pak Najib tu..

buat apa membazir duit rakyat, deme nuar kaldai tu yer lah banyak duit dari minta sedekah bila buat program.. tu sebab asyik nak PRK aje, lagi satu Nuar ni dapat bantuan dari Yahudi..tu pasal dia perasan diri macam PM,

pesanan buat Pak Najib.. Baik mike tumpukan pada pembaikpulih ekonomi negara .. kerana apa yang mike buat untuk rakyat.. jangan mike ikut rentak NUAR KALDAI tu.. bukan tau mengurus negara pon , tu sebab dah nak jadi PM hari tu tuhan tarik rahmat dan rezeki dia sampai tak jadi PM.. ingat NUAR KALDAI setiap kejadian ada hikmatnya...

pak najib ingatlah , hari ni Nuar tu nak kan UMNO atau BN atau Kerajaan mengikut Rentak MUzikal dia, Bila dia menang di penanti dia akan dipandang oleh orang ramai bahawa dia atau PR dah kuat.. jadi kita bagi aje dia menang FREE.. kalau rasa nak bertanding gak biar dia bertanding PKR ngan DAP , atau GUAN ENG dengan NUAR BRAHIM. sekarang pon deme dah nak berperang... kita SUPPLY senjata kat deme,

teman dah naik runsing bila asyik ada PRK, penat buat keje POLITIK aje, Makan nak kene cari juga, Nuar iyerlah tak yah cari makan duit kutipan derma..


sekian ]
wassalam...

cicitmaharajalela