dalam proses pemulihan UMNO yang sedang giat dilakukan oleh President UMNO iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak , berlakunya sekali lagi PRK di permatang Pasir selepas PRK manik urai diatas kematian ADUN PAS Permatang Pasir... Apa yang difikirkan oleh saya sebagai penulis adalah tahap mana pencapaian pemulihan UMNO yang dilakukan oleh presiden parti diterima oleh rakyat berbilang kaum.
Jadi di Permatang Pasir adalah satu medan bukti untuk mendapat keputusan samaada pemulihan yang dilakukan diterima oleh rakyat atau sebaliknya.. jadi harapan saya kepada semua jentera UMNO dan BN haruslah berkerja Keras untuk memastikan kejayaan dalam PRK Permatang Pasir menyembelahi BN dan UMNO.
Jika keputusan masih lagi mengecewakan BN atau UMNO, perubahan drastik perlu dilakukan supaya UMNO dan BN akan tetap menjadi kerajaan selepas PRU 13 nanti. Allah SWT telah banyak memberi peluang kepada kita BN dan UMNO untuk menguji kekuatan dan kesabaran dengan berlakunya PRK demi PRK selepas PRU 12.
akhir kata , mari kita sama-sama membantu presiden parti untuk menjayakan misi dan visi parti keramat ini untuk terus kekal dan bertahta dihati rakyat jelata
"Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan"
sekian
-cicitmaharajalela-
Selamat Datang / Welcome
"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)