Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Monday, August 3, 2009

satu lagi pilihanraya kecil Permatang Pasir

dalam proses pemulihan UMNO yang sedang giat dilakukan oleh President UMNO iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak , berlakunya sekali lagi PRK di permatang Pasir selepas PRK manik urai diatas kematian ADUN PAS Permatang Pasir... Apa yang difikirkan oleh saya sebagai penulis adalah tahap mana pencapaian pemulihan UMNO yang dilakukan oleh presiden parti diterima oleh rakyat berbilang kaum.

Jadi di Permatang Pasir adalah satu medan bukti untuk mendapat keputusan samaada pemulihan yang dilakukan diterima oleh rakyat atau sebaliknya.. jadi harapan saya kepada semua jentera UMNO dan BN haruslah berkerja Keras untuk memastikan kejayaan dalam PRK Permatang Pasir menyembelahi BN dan UMNO.

Jika keputusan masih lagi mengecewakan BN atau UMNO, perubahan drastik perlu dilakukan supaya UMNO dan BN akan tetap menjadi kerajaan selepas PRU 13 nanti. Allah SWT telah banyak memberi peluang kepada kita BN dan UMNO untuk menguji kekuatan dan kesabaran dengan berlakunya PRK demi PRK selepas PRU 12.

akhir kata , mari kita sama-sama membantu presiden parti untuk menjayakan misi dan visi parti keramat ini untuk terus kekal dan bertahta dihati rakyat jelata

"Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan"
sekian

-cicitmaharajalela-

2 comments:

Roslan Hj Omar said...

Assalamualaikum....
Bercakap mengenai PRK, masa ini baru kita nampak wakil2 rakyat UMNO turun padang berceramah dan bermesra dengan rakyat. Ini baik sebagai komitmen dalam memastikan PRK kali ini memihak kepada UMNO.

Tetapi saya terkilan dengan segelinti wakil rakyat yang hanya nampak apabila ada PRK sahaja. Cuba kita pandang ke sebelah pembangkang, wakil2 rakyat mereka boleh dikatakan saban minggu mengadakan sesi ramah mesra atau ceramah di kampung2 tanpa mengira keadaan, alangkah baiknya jikalau wakil rakyat UMNO juga sebegitu, sentiasa turun menjenguk ahli akar umbi di ceruk kampung. Kita tak harapkan wakil2 rakyat ini turun ke setiap kampung, memadai sekadar mengadakan perjumpaan di setiap zon, kita kumpulkan setiap cawangan dan buat majlis bersama.

Perjumpaan ini bukan apa sekadar memastikan benih2 racun yang ditabur oleh pembangkang dapat kita sembuhkan dari terus meracuni fikiran penduduk2 kampung.Selain itu penduduk2 kampung dapat beramah mesra dan meluahkan kegelisahan yang bersarang di hati mereka.

Kita tak perlu menunggu PRK, baru kita nak bekerja keras, sepatutnya dari dulu kita dah mulakan, kerana apa yang saya lihat kini banyak diantara ahli2 kita yang sudah mula berubah angin.

Semua ini saya lihat di tempat saya sendiri. Saya berada di zon anak sungai, banyak ceramah dan program dari pembangkang yang di jalankan di sini, saban minggu ada saya program yang mereka aturkan, dan untuk pengetahuan hari sabtu ini Nizar akan datang ke Kota Setia untuk majlis kononnya Perasmian Bulan Kebajikan yang dianjurkan oleh PAS negeri Perak.Bulan lepas pun ada di Sungai Rubana, Nizar juga yang datang. Tapi wakil rakyat kita di mana????

Ini perkara utama yang kita perlu ambil berat dan buat perubahan, dan bukan hanya menunggu PRK baru mula nak bertindak. Fikir - fikirkan lah, Sedarlah Wahai Bangsa Ku ...

Sekian...

Roslan Hj Omar
PSU Pemuda Caw. Sungai Ranggam

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Seperti kebiasaan setiap kali ada PRK, pasti ada wakil2 rakyat yang turun membantu kempen pilihan raya. Tetapi semua itu bermusim, apabila ada kekosongan kerusi di mana2 kawasan. Masa itulah baru kita nampak wakil2 rakyat ini bertemu dengan rakyat.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah sedikit rasa terkilan terhadap wakil2 rakyat UMNO yang telah di beri mandat oleh rakyat untuk menjadi wakil bagi membantu masalah mereka.

Selepas tamatnya PRU12 tiada langsung wakil2 rakyat yang datang menjengah rakyat yang diwakili di kampung2. Hanya terdapat program2 yang diatur di peringkat bahagian yang di hadiri wakil2 penduduk sahaja. Ingin saya lontarkan bahawasanya ini amatlah tidak mencukupi. Wakil2 rakyat perlu turun beramah mesra di zon2 yang di wakilinya bagi mendekatkan diri mereka dengan rakyat. Jangan hanya tunggu ada PRK sahaja baru nak jumpa rakyat.

Saya berkata begini kerana jika bukan kerana ahli2 akar umbi yang menyokong mereka, mereka tidak akan berada di tahap sekarang.

Cuba kita jeling ke seberang, pada pihak pembangkang, boleh dikatakan saban minggu ada sahaja program yang mereka anjurkan untuk menarik perhatian rakyat, tapi apa program yang UMNO anjurkan untuk menarik perhatian rakyat. Bukannya perlu ke setiap kampung, cukup sekar mengadakan program di setiap zon.

Saya bercakap berlandaskan fenomena yang saya lihat di kawasan saya, saya berada di zon anak sungai. Wakil2 rakyat pembangkang bebas membuat program untuk lebih dekat dengan rakyat, tapi dari UMNO sendiri tiada.

Seperti bulan lepas Nizar datang ke Sungai Rubana kononnya Program Kesenian Dan Kebudayaan, dan yang terbaru akan berlangsung di kampung bandar Air, Kota Setia iaitu Pelancaran Bulan Kebajikan yang dihadiri oleh Nizar dianjur oleh PAS Perak.

Apa yang menyakitkan hati adalah setiap kali prongram yang dianjurkan pembangkang pasti ada saja tomahan yg di lemparkan dan mereka tunjuk kononnya mereka baik di hadapan rakyat. Tidak salah rasanya kita mengikit cara mereka. Bagi saya kita patut mengatur program2 yang lebih menjurus untuk memyedarkan rakyat tentang sandiwara pembangkang dan mengembalikan zaman kegemilangan UMNO.

Wakil2 rakyat perlu lebih mesra rakyat seperti kata PM " Ranyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ". Sama2 lah kita berusaha memastikan UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

Roslan Hj Omar
PSU Pemuda KaSuRa