Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Tuesday, June 9, 2009

Kerajaan Perpaduan

kerajaan perpaduan adalah satu perancangan yang di bawa oleh Tn Hj Abd Hadi di dalam muktamar pas baru-baru ini. pelbagai reaksi dan respon dari perwakilan, parti yang berada dalam pakatan pembangkan serta tak ketinggalan juga dari UMNO.

Apa yang dapat dilihat ramai penyokong PAS yang tidak boleh menerima cadangan yang dibawa oleh President parti mereka, apa yang difikirkan oleh mereka tentang kerajaan perpaduan. tetapi bagi UMNO mereka akan mendegar dan berbincang dengan sebaik mungkin jika kerajaan perpaduan ini mendatangkan menfaat yang baik dan sempurna untuk orang melayu yang beragama ISLAM.

Perjuangan memertabatkan ISLAM yang dibawa oleh PAS nampaknya sudah jauh menyeleweng apabila Pendapat President PAS untuk kebaikan UMAT ISLAM ni Negara Ini disangah oleh penyokong atau ahli Pas dan kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Sebagai Pemerhati kepada PAS , saya merasa amat pelik dengar ulasan serta komen yang diberikan oleh mereka yang berada dalam PAS.

muslimat PAS contohnya menolak kerjasama PAS dengan UMNO , bukankan yang berada dalam Parti UMNO ini beragama Islam juga. dalam AL-quran menyuruh kita sesama islam tidak ada persengketaan. tetapi dimana yang muslimat PAS belajar sampai menolak kerjasama yang betlum ada keputusan nya.

secara riasonal sepatutnya mereka perlu mendengar dan mengahtahui tujuan asal dan maksud kerajaan perpaduan itu. kami di pihak UMNO akan menerima muzakarah bersama PAS untuk kebaikan rakyat MALAYSIA. walaupun kami tak tahu apa yang di maksudkan kerajaan perpaduan oleh Tn Hj Hadi.

kesimpulan yang dapat saya buat disini , selalulah berangapan baik dengan setiap yang ingin dilakukan, bukan berangapan buruk seperti yang berlaku sekarang, sampaikan DAP pon boleh menyuruh PAS memberikan penjelasan. walhal mereka mengadakan perbincangan dengan MCA dan gerakan tidak pulak kita sebagai parti melayu meminta setiap penjelasan mereka .. ini lah yang saya laungkan perjuangan belum selesai.

lihat, pandang serta fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

1 comment:

Anonymous said...

PAS sebenarnya hanya mahukan kuasa, mereka tidak kira dengan siapa mereka bergabung, tetapi mereka alpa, dan dalam nyata mereka sebenarnya hanya lah kuda tunggangan sahaja, apabila cuba untuk mengorak langkah untuk mewujudkan 'Kerajaan Perpaduan' mereka hanya gah pd mulanya, kemudian tunduk mengikut telunjuk DAP dan PKR. Di mana perjuangan PAS yg sebenar untuk memperjuangkan agama dan bangsa. Kerana DAP mereka lupa pada agama dan lupa pada bangsa melayu, apakah itu yg mereka inginkan. Sejak kebelakangan ini hujah-hujah yg diutarakan banyak yg pelik dari yg benar, pagi mereka cakap lain dan petang mereka menafikan apa yg mereka ucapkan pd waktu pagi tadi, apa yg boleh kita simpulkan dari situasi ini, yg nyata mereka tak punya pendirian tetap, hanya mengiakan apa yg Ngeh dan Anuar cakap......amat mengecewakan.

Lan (S.R)