assalamualaikum WBT.
Krisis Politik Perak yang berlaku pada masa ini amat banyak mengundang andaian, termasuk ketua penerangan pas selangor ini Mahfuz Omar, dalam Sinar harian hari ini belia telah mengatakan bahawa ada campurtangan politik yang menguasai keputusan makamah rayuan yang membenarkan Dato Seri Dr Zamry merayu agar menanguhkan keputusan makamah tempoh hari yang mengesahkan bahawa Ir Nizar sebagai MB yang Sah.
Pagi ini apabila saya membaca muka depan Sinarharian kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz saya tersenyum sendiri mengenangkan apa yang telah saya coretkan dalam blog saya adalah benar.
Dalam sanubari hati saya ini dan benak fikiran saya memikirkan mengapakah penyokong PR tidak melihat kebenaran dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pemimpin mereka. Adakah Allah SWT telah mengelapkan atau menutup hati dan fikiran mereka supaya tidak dapat melihat dan berfikir dengan waras mana yang benar dan mana yang tidak.
Permainan politik menyalahkan kerajaan dari parti pembangkang adalah amat biasa dilakukan oleh Pemimpin PR, tetapi mereka tidak sedar dalam keasyikan mencari dan menunding jari kepada kerajaan bahawa itu, ini , sana dan sini salah, rakyat telah ramai membuka mata dan pintu hati mereka dan membuat kesimpulan bahawa orang yang suka mencari kesalahan orang lain adalah orang yang rasa diri mereka terbaik tetapi hakikatnya mereka adalah orang yang paling banyak melakukan kesalahan tanpa mereka sedar.
ingatlah wahai saudara seagama dan sebangsa dengan saya bahawa satu jari menunding kesalahan orang lain empat lagi jari menunding kearah diri sendiri tanpa kita sedari.
sekian
lihat , jeling, pandang serta fikir-fikirkanlah.
cicitmaharajalela
No comments:
Post a Comment