Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Friday, March 6, 2009

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis. Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu. Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana. Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil. Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.Sementara di Istana Negara, suasana tenang dengan kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.Demonstrasi anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu turut disertai Sasterawan Negara terkenal Datuk A Samad Said dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


ini lah kesanya kalau semua perkara nak di politikan. saya sebagai rakyat malaysia cukup terkilan dengan tindakan PR dalam menangani isu PPSMI. mereka ni semua pemimpin dari kalangan PR. Hadi Awang ni nak jadikan Malaysia ni macam thailand ker.. entahlah, setahu saya agama islam menuntut keamanan. dimana nilai seorang guru agama macam ni.. tapi ini semua salah anuar ibrahim. mengajar demontrasi jalanan. BODOH betul pemimpin PR ni.. Adakah begini kita nak sokong.

No comments: