Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, September 16, 2009

kad Raya buat warga Pasir Salak







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA WARGA PASIR SALAK, SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KEHIDUPAN SAUDARA & SAUDARI DISAMPING KELUARGA TERSAYANG, INSYA'ALLAH DENGAN IZINNYA KITA AKAN MENYAMBUT HARI YANG MULIA PADA 20/09/09 HARI AHAD . KEPADA YANG MEMANDU "BERHATI-HATI DIJALAN RAYA, INGAT ORANG YANG TERSAYANG" AMPUNKAN DOSA SAYA JIKA ADA KESILAPAN SELAMA MENERAJUI BLOG SAYA INI. SEKIAN....

Thursday, August 27, 2009

Kekalahan BN di Permatang Pasir

Assalamualaikum..

Kekalahan BN/UMNO di Permatang Pasir adalah kekalahan yang boleh dikategorikan sebagai PUKULAN K.O yang dibuat oleh pembangkang kepada BN / UMNO setiap kali PRK berlangsung selepas PRU 12 . Semasa PRU 12 sebelum ini, Pemerhati politik mengatakan bahawa BN/UMNO telah menerima Tsunami Yang hampir memecahkan Tembok pertahan BN / UMNO .

Tetapi setelah berlakunya peralihankuasa yang dilakukan oleh Tun Abdullah kepada Dato' Sri Najib bagi mengharapkan Tsunami Politik akan kembali reda dan tenang. Pelbagai langkah diambil Oleh Dato' Sri Najib bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN / UMNO terutama bangsa India dan Cina.

Keputusan dari usaha dan perancangan yang dibuat oleh PM nampaknya hanya mengembalikan sedikit kepercayaan rakyat MELAYU sahaja kepada BN / UMNO .Bagi Bangsa Cina dan India sedikit pon hati mereka tidak tertawan dari segala usaha yang dilakukan oleh PM kita.

berbalik kepada kekalahan BN / UMNO di PRK Permatang Pasir, apa yang saya dapat lihat kempen BN/UMNO dipermatang Pasir cukup hebat. Cuma kesalahan yang menyebabkan kekalahan adalah Laporan Jentera Parti. sehari sebelum hari mengundi saya mendapat Laporang dari Jentera kononya BN/UMNO telah mendapat 53%. ramai pengundi hitam sudah kelabu dan pengudi kelabu sudah putih.. dalam masa yang sama saya lihat kerjasama dari orang kampung bersama jentera cukup menyedihkan , Persoalanya darimana Laporan itu diperolehi?, adakah laporan itu hanya sekadar ingin menjaga Jawatan?, atau sekadar ingin menjaga nama baik ketua kumpulan? atau hanya ingin memberi laporan untuk menyedapkan hati sahaja?? dan kemana perginya MCA (bahagian), Gerakan (Bahagian) dan MIC (bahagaian)ketika waktu kempen berlangsung di Permatang Pasir???


kesimpilanya bahawa , PRK atau PRU yang akan datang Pastikan Laporan dari Jentera Parti mesti TEPAT dan parti kompenan mesti bersama-sama berkempen walaupun kempen tersebut berlangsung di kawasan kaum yang berbeza.. kesemua mesti bergabung..

sekian,

pandang,lihat, jeling serta fikir-fikirkanlah
-cicitmaharajalela-

Monday, August 10, 2009

Anwar PENGKHIANAT BANGSA

sekarang ini sibuk mengatakan tentang kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin mengatakan bahawa Anwar ibrahim ini pengkhianat banggsa.. sebenarnya bukan baru ini sahaja Anwar dilebelkan sebagai Pengkhianat Bangsa tetapi sejak dari beliau di lepaskan dari penjara pon telah dilebelkan pengkhianat bangsa..
Mengapa saya mengatakan begitu adalah kerana, beliau memang sangup mengadaikan maruah bangsa sendiri untuk kepentingan peribadi beliau..yang penting bagi beliau adalah cita-cita beliau ingin menjadi perdana menteri tercapai..kalau betul beliau bukan pengkhianat bangsa, sepatutnya beliau sudah menegur beberapa perbuatan atau kenyataan kawan-kawan sekutu beliau dari DAP yang telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menyakitkan hati orang islam di Malaysia. kenyataan mereka itu boleh menyebabkan pergaduhan antara islam dgn mereka..

tetapi itu semua tak ada masalah bagi anwar dan sekutunya.. Agama bukan ada apa bagi mereka..kutuklah , kata lah, islam bagi DAP adalah penganas.. semua perkara adalah kesalah orang beragama Islam bagi DAP...jadi apa tindakan Anwar dan PAS yang kononnya memperjuangkan islam.. saya melihat dari jauh keatas perbalahan demi pertengkaran yang berlaku dalam pakatan pembangkang ini yang bermula dengan sentimen perkauman, dan akhirnya sudah berani menyentuh bab Agama.. yang menjadi kemusykilan saya dimanakah orang-2 islam yang menyokong pembangkan ini.. dan bagaimana boleh mereka membiarkan sahaja kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh DAP ...dimana bukti PAS memperjuangkan ISLAM, dan mana Bukti Anwar memperjuangkan Bangsa,,, ini lah hero penyokong pembangkang...

sekian

Monday, August 3, 2009

satu lagi pilihanraya kecil Permatang Pasir

dalam proses pemulihan UMNO yang sedang giat dilakukan oleh President UMNO iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak , berlakunya sekali lagi PRK di permatang Pasir selepas PRK manik urai diatas kematian ADUN PAS Permatang Pasir... Apa yang difikirkan oleh saya sebagai penulis adalah tahap mana pencapaian pemulihan UMNO yang dilakukan oleh presiden parti diterima oleh rakyat berbilang kaum.

Jadi di Permatang Pasir adalah satu medan bukti untuk mendapat keputusan samaada pemulihan yang dilakukan diterima oleh rakyat atau sebaliknya.. jadi harapan saya kepada semua jentera UMNO dan BN haruslah berkerja Keras untuk memastikan kejayaan dalam PRK Permatang Pasir menyembelahi BN dan UMNO.

Jika keputusan masih lagi mengecewakan BN atau UMNO, perubahan drastik perlu dilakukan supaya UMNO dan BN akan tetap menjadi kerajaan selepas PRU 13 nanti. Allah SWT telah banyak memberi peluang kepada kita BN dan UMNO untuk menguji kekuatan dan kesabaran dengan berlakunya PRK demi PRK selepas PRU 12.

akhir kata , mari kita sama-sama membantu presiden parti untuk menjayakan misi dan visi parti keramat ini untuk terus kekal dan bertahta dihati rakyat jelata

"Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan"
sekian

-cicitmaharajalela-

Wednesday, July 29, 2009

belajarlah bersyukur dengan rahmat yang Allah beri

salam, kepada semua pembaca saya memohon maaf kerana sudah agak lama tidak menuliskan seberang rencana mengenai politik Malaysia kini, bukan sebab dihalang atau di caci cuma meluat dengan kata-kata dan luahan pendapat yang diutarakan oleh pemimpin kononya memperjuangkan islam tetapi menipu disebalik topeng Agama.

disini saya hanya ingin mengutarakan beberapa pendapat dan luahan mengenai setuasi negara kita Malaysia yang perlu kita syukuri dengan keadaan kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa terpelihara kebajikannya..

saudara pembaca , saya baru pulang dari INSDONESIA iaitu Jakarta dan Bandung, apa yang dapat saya lihat rakyat mereka amatlah daif dalam kehidupan.. setelah dipandang dan dibuat andaian serta rumusan saya amat bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. untuk dikongsikan bersama saya akan memaparkan gambar-gambar yang saya ambil sendiri dijakarta dan bandung.


untuk selanjutntya tunggu catatan yang akan datang


sekian