Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Tuesday, March 10, 2009

isu pengunaan nama allah oleh bukan islam

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi.


Dari Taib Azimuddin (bekas imam masjid negara)

tidak dinafikan didalam alquran ada menunjukan bahawa org bukan islam mengakui bahawa bumi di cipta oleh allah. tetapi yang kita bimbangkan adalah agenda tersembunyi yang mereka rancangkan.. pendapat saya sebagai orang islam tak perlu benarkan untuk keselamatan anak bangsa kita.. cuba bayangkan jika kita benarkan, anak-anak kita akan beli dan baca kitab mereka..jadi apa yang mereka akan nilaikan.. mereka belum boleh menilai sepenuhnya tetapi kita dedahkan kitab mereka pada peringkat yang terlalu muda..fikirkan

No comments: