Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Thursday, May 21, 2009

Siapa MB Perak Yang Sebenar

Assalamualaikum WBT..

Saudara pembaca yang budiman, hari ini 22 hb mei 2009 jumaat akan diberikan keputusan penuh siapa MB Perak yang sah disisi Undang-undang. sekarang jam menunjukkan pukul 11.45 pagi, hanya ada beberapa jam sahaja lagi kita semua rakyat negeri Perak akan tahu keputusan penuh dari makamah tinggi.

Saudara yang budiman, tujuan saya mencoretkan fikiran saya adalah untuk membuat tekaan atau andaian yang akan dibuat oleh Nizar Chin dan pemimpin PR mengenai keputusan Makamah pada hari ini.

jika keputusan menyembelahi Nizar Chin, semua penyokong PR dan pemimpin PR akan memuji sistem kehakiman Negara, tidak akan ada cacian kepada hakim dan Makamah, cuma mereka akan beramai-ramai berkumpul di SUK untuk halau Dr Zamry dan barisan EXCOnya.

tetapi jika Dr Zamry sah sebagai MB Perak mereka akan mengatakan sistem kehakiman telah di cabuli oleh kerajaan, mereka akan mencaci hakim yang memberikan keputusan, mereka akan caci Dato' Sri Najib, dan mereka akan buat roadshow untuk kutuk kerajaan,

yang musyikilnya kalau dah makamah tidak telus mengapa Nizar and Geng membawa kes itu keMakamah. mengapa tidak jerit kuat-kuat kata dia MB. Faham lah wahai penyokong PR pemimpin Saudara hanya ingin mengambil sempati rakyat yang kononnya dia terinaya, walaupun beliau tahu bahawa beliau tak ada mejoriti dewan..

sekian

tenung, lihat, jeling dan fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-

CACIAN PENYOKONG PR KEPADA SAYA SEBAGAI BLOGGER

09/05/19
KEPALA HOTAK KAU SUKASUKA TULIS ORANG YG MACAM NIZ... KEPALA HOTAK KAU SUKASUKA TULIS ORANG YG MACAM NIZAR,,KEPALA HOTAK KAU SUKA TULIS DALAM BLOG KAU YANG SETARAF DENGAN KHINZIR NI..KEPALA HOTAK KAU CAKAP DIA TEGAKKAN BENANG BASAH ,,KEPALA HOTAK KAU TULIS CHIN KAT TEPI NAMA DIA YANG SEBANGSA DAN SEUGAMA NGAN KAU,,HOI UMNO TOTOK UMNO BARUA DAN HOI KEPALA HARAM JADAH KAU,,SAMPAI BILA NAK KAU SEMAIKAN BIBIT PERKAUMAN ANTARA KAUM DI BUMI MALAYSIA NI PADA ERA IT NI,,HOI KEPALA BANGANG DAH BERAPA JUTA KAU DAPAT IMBUHAN TULIS BENDA BENDA NAJIS NI,,DAH BERAPA JUTA EKAR TANAH KAU DAPAT KAT ZAMBRY UNTUK MENULIS BERITA YANG DULU KINI DAN SELAMANYA NI DI DOKTRIN OLEH SANG PENGUASA RAKUS GILA DAN NAK KENYANGKAN TEMBOLOK DIAORANG,,HOI BARUA MELAYU AKU PUN ANAK JATI PERAK KELAHIRAN KUALA KANGSAR KAMPUNG PASIR BATANG KULIM KOTA LAMA KANAN AKU BANGGA DENGAN DARAH MELAYU AKU DAN SYUKUR AKU ISLAM,,JIJIK MELUAT BUSUK LAGI MEMBUSUK KAN AYAT AYAT SYAITAN DAN IBLIS DARI TINTA HARAM JADAH KAU TU,,DAH DAPAT PINGAT APE KAT ZAMBRY???DAH DAPAT KAWASAN BALAK KAT MANA DI PERAK NI..HOI BARUA TEGAKKAN KETUANAN ISLAM DIRIKAN HUDUD BIAR ULAMA UMARAK PERINTAH KITA,,JANGAN ADA PEMERINTAH SALURGALUR KETURUNAN DIA AJE BAIK DARI PM MENTERI DAN JUAK2 YANG HAPRAK BODOH SUNDAL DAN MENYUNDAL,,BAHASA MELAYU KAU LACURKAN DAN BAHASA PENJAJAH JUGAK KAU SURUH AJAR DLM MATHS/SCIENCE..HOI BARUA AKU HERAN LAH KALAU 50 TAHUN LEBIH LEPAS ARWAH TUNKU JADI PM SAMPAILAH KAT SAAT NI KALAU BETULLAH MELAYU MAJU MANA NAMA MELAYU ARISTOKRAT HEBAT MANA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT MANA CEO DALAM SIASAH GLOBAL YANG ADA NAMA MELAYU DAN KEPUNYAAN MELAYU MANA BANGSAT MANA...ADA MEMANG ADA TAPI SEMUA NYA BOLEH KIRA NGAN JARI,,TAPI BANGSA LAIN YANG KAU HAKIMI TAK LAYAK KAT MALAYSIA NI JUGA BERLAMBAK LAMBAK,,SEBAB APE,,TAK DE KRONI TAK ADE NEPOTISME TAK ADA DENGKI TAK ADA RASUAH TAK SUKA MKN RASUAH TAK SUKA MENCARUT TAK SUKA LEBEL BANGSA LAIN HAPRAK,,BUKAN MACAM KAU YANG SELAMANYA KONON UMNO SELAMATKAN BANGSA MELAYU...TEGAKKAN ISLAM TEGAKKAN HUKUM HUDUD,,,P/S//ADA BERANI SIAR KOMEN AKU
(ubatkuat)

Ini lah cacian yang penyokong PR bagi kat saya, mungkin ini yang mereka dapat daripada Tarbiyah yang selalu mereka dengar, saya akan menayangkan atau terbitkan lagi setiap cacian yang mereka berikan.
mereka ini memang pandai mencaci tetapi tak tau apa yang dicaci, rupa orang gila talak pon ada, tapi saya tak heran sebab bekas MB Nizar Chin pon memang suka menabur fitnah dan caci mencaci..
saudara (Ubatkuat) 20thn sudah kelantan diperintah oleh PAS, mana HUDUD nya yang ada SAMBUT ULANG TAHUN HUDUD. (kelakar sambut brg yang tak ada)
Saya apa pon tak pernah dapat Dari DR zamry, cuma perjuangan beliau yang saya hormati.
Bab Bahasa pula , tu sebab saudara tak tahu bersopan , panggil orang pon hoi, saudara telah merogol bahasa yang saudara sayangi. saya pon sayang bahasa saya, cuma tujuan pembelajaran sahaja yang saya menyokong math dan science dlm bahasa english.
BAB rasuah ni saudara cermin diri saudara dulu , pernah tak dirasuah atau merasuah.. sekurang-kurangya saudara mengamalkan konsep seperti rasuah. betul diri saudara dulu yer.
Bangunan mencakar langit memang terlalu kurang dimiliki oleh MELAYU disebabkan itulah kerajaan masih membantu orang Melayu dalam DEB, tetapi pemimpim melayu saudara kata tu buang masa, tu sbb kami UMNO mempertahankan hak ketuanan MELAYU, Saudara keterunan KARPAL SINGH KOT.

cicitmaharajalela

Monday, May 18, 2009

Mengapa saya mempertahankan Kerajaan BN

assalamualaikum WBT...

Negara kita adalah satu Negara yang telah Merdeka, Kemerdekaan ini dicapai oleh Dato' nenek kita dahulu yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman Putra Al Haj (Bapa Kemerdekaan), setelah kemerdekaan dicapai barisan kepimpinan Negara dibentuk dengan bergabungnya Bangsa cina, india dan MELAYU.

Dengan kebijaksanaan Kerajaan BN dalam tempoh 52 thn pelbagai kemajuan dan Pembangunan di bentuk serta dilakukan sehingga menjadikan nama Negara Malaysia tidak asing lagi dimata dunia, Dengan pembangunan Ekonomi yang amat pesat dan bangunnya teknologi ICT hari ini mendapatkan kita rakyat malaysia mengekses cerita tanpa sempadan.

kita bandingkan Malaysia dengan India yang telah merdeka awal sepuluh tahun dari Malaysia, bagaimana kehidupan rakyat mereka dan taraf kehidupan meraka amat lah menyedihkan, tetapi apa yang saya lihat di Malaysia tidak sampai tahap itu, semua itu berpunca dari keadaan politik yang tidak stabil, demontrasi sana-sini dan pelbagai fitnah dan cacian serta berpolitik secara berpanjangan sehingga pihak kerajaan yang memerintah tidak sempat untuk menumpukan kepada pembangunan negara mereka.

Tetapi saya sudah mula khuatiri dengan keadaan Politik di Malaysia, pada masakini pon sudah mula dengan demontrasi jalanan, berpolitik berpanjangan dan cemuh maki memaki dilaksanakan. Pemimpin pembangkang telah pergi keluar Negeri memburukan Imej Malaysia kepada Pemimpin Luar Negeri, Apa tujuan Mereka kalau bukan untuk menyusahkan kita sebagai rakyat, apabila mereka menjaja keburukan Malaysia diMata dunia Para pelabur akan tersentak untuk melabur di Malaysia dan perhubungan dua Hala akan terbantut menyebabkan Pendapatan Negara dan Ekonomi Negara akan lemah serta berlakunya kemerosotan ekonomi,

Jadi adakah ini yang saudara-saudari mahukan?? saya sebagai manusia yang berfikiran waras tidak mahu kekacauan berlaku di Malaysia, bukan maksud saya cintakan dunia, cuma saya memikirkan apa yang bakal berlaku kepada Agama, Bangsa dan Tanahair saya..sekian

tenung, lihat, jeling serta fikir-fikirkanlah...

-cicitmaharajalela-

Sunday, May 17, 2009

Nizar Takbur,Angkuh dan Sombong (Pemimpin Idola PR)

assalamualaikum..wbt,

semalam hari ahad sambil duduk di ruang tamu rumah saya membaca berita mingguan, dalam banyak-banyak cerita yang dikeluarkan dalam surat khabar mingguan hanya 1 yang menarik minat saya iaitu ruang temuramah antar editor berita mingguan bersama bekas MB perak Nizar chin.

apa yang dapat saya simpulkan daripada soal jawab tersebut, Nizar chin ini amat angkuh dan sombong, apa yang beliau kata " jika pembubaran DUN terjadi di Negeri Perak, saya yakin BN akan kalah teruk" . subhanallah..macam orang tak sedar diri bercakap. kalah menang ketentuan Allah. Jangan sampai terpalit kembali keatas batang hidung sendiri untuk kali yang kedua.

kali pertama, Nizar chin pernah berkata semasa Dato Nasaruddin ADUN bota melompat Parti ke PKR, apa yang Nizar chin yang Angkuh ni beri kenyataan. saya ulangkan " buat apa pilihanraya kecil, mana ada dalam perlembagaan mengatakan kalau melompat parti perlu pilihanraya" dengan muka sinis dan senyum kambing biri-biri dia tunjukkan.

tetapi hari ini apa yang dah terjadi, bukankah ibarat meludah kelanggit jatuh atas muka sendiri. jadi saya mohon Nizar chin bertaubatlah jangan terlalu angkuh dan yakin, semua ini ketentuan yang Maha Esa.

sebelum saya terlupa, beliau ada mengatakan bahawa makamah sudah menentukan beliau masih MB walau tidak dapat sokongan mejoriti ADUN, ingat lah wahai Nizar chin, cukuplah menabur fitnah kerana Allah tahu bahawa saudara menegakan benang yang basah.

sekian
tenung,lihat,jeling dan fikir-fikirkanlah

-cicitmaharajalela-