Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Monday, May 18, 2009

Mengapa saya mempertahankan Kerajaan BN

assalamualaikum WBT...

Negara kita adalah satu Negara yang telah Merdeka, Kemerdekaan ini dicapai oleh Dato' nenek kita dahulu yang diketuai oleh Tunku Abd Rahman Putra Al Haj (Bapa Kemerdekaan), setelah kemerdekaan dicapai barisan kepimpinan Negara dibentuk dengan bergabungnya Bangsa cina, india dan MELAYU.

Dengan kebijaksanaan Kerajaan BN dalam tempoh 52 thn pelbagai kemajuan dan Pembangunan di bentuk serta dilakukan sehingga menjadikan nama Negara Malaysia tidak asing lagi dimata dunia, Dengan pembangunan Ekonomi yang amat pesat dan bangunnya teknologi ICT hari ini mendapatkan kita rakyat malaysia mengekses cerita tanpa sempadan.

kita bandingkan Malaysia dengan India yang telah merdeka awal sepuluh tahun dari Malaysia, bagaimana kehidupan rakyat mereka dan taraf kehidupan meraka amat lah menyedihkan, tetapi apa yang saya lihat di Malaysia tidak sampai tahap itu, semua itu berpunca dari keadaan politik yang tidak stabil, demontrasi sana-sini dan pelbagai fitnah dan cacian serta berpolitik secara berpanjangan sehingga pihak kerajaan yang memerintah tidak sempat untuk menumpukan kepada pembangunan negara mereka.

Tetapi saya sudah mula khuatiri dengan keadaan Politik di Malaysia, pada masakini pon sudah mula dengan demontrasi jalanan, berpolitik berpanjangan dan cemuh maki memaki dilaksanakan. Pemimpin pembangkang telah pergi keluar Negeri memburukan Imej Malaysia kepada Pemimpin Luar Negeri, Apa tujuan Mereka kalau bukan untuk menyusahkan kita sebagai rakyat, apabila mereka menjaja keburukan Malaysia diMata dunia Para pelabur akan tersentak untuk melabur di Malaysia dan perhubungan dua Hala akan terbantut menyebabkan Pendapatan Negara dan Ekonomi Negara akan lemah serta berlakunya kemerosotan ekonomi,

Jadi adakah ini yang saudara-saudari mahukan?? saya sebagai manusia yang berfikiran waras tidak mahu kekacauan berlaku di Malaysia, bukan maksud saya cintakan dunia, cuma saya memikirkan apa yang bakal berlaku kepada Agama, Bangsa dan Tanahair saya..sekian

tenung, lihat, jeling serta fikir-fikirkanlah...

-cicitmaharajalela-

1 comment:

Anonymous said...

Saya sarankan tuan buat research dulu tentang apa yang tuan ceritakan. UMNO bukanlah parti yang mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Saya cadangkan tuan membuat penyelidikan dengan bersembang dengan mereka yang lahir di zaman sebelum merdeka. Sila klik di link youtube ini:

http://www.youtube.com/watch?v=ZG3h8nQMyRg

Tuan lahir di tahun 70an, ketika buku sejarah sekolah rendah sudah lama diputarbelitkan oleh orang politik UMNO. Kisah sebenar tentang pengorbanan orang kampung seperti ibubapa tuan tidak ditulis sedikit pun dalam buku sejarah yang dibaca oleh tuan ketika di sekolah.

Saya rasa tuan yang sepatutnya menyedarkan ahli UMNO yang seangkatan dengan tuan. Jikalau tidak, saya tidak yakin UMNO akan terus mendapat sokongan golongan muda yang professional dan berpendidikan. Apa yang dijeritkan oleh UMNO dalam ceramah mereka ialah keburukan pembangkang. Apa yang dijeritkan pembangkang dalam ceramah mereka pula ialah isu ekonomi, soal mengekang pemuda Melayu dari terjebak dalam gejala rempit, isu pendidikan yang semakin rendah mutunya dan pelbagai isu yang menekan rakyat. Itu sebabnya golongan professional muda lebih tertarik pada pembangkang.

Saya nasihatkan juga tuan berjumpa dengan Ahmad Maslan dan berbincang dengannya tentang perkara ini.