Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Thursday, August 27, 2009

Kekalahan BN di Permatang Pasir

Assalamualaikum..

Kekalahan BN/UMNO di Permatang Pasir adalah kekalahan yang boleh dikategorikan sebagai PUKULAN K.O yang dibuat oleh pembangkang kepada BN / UMNO setiap kali PRK berlangsung selepas PRU 12 . Semasa PRU 12 sebelum ini, Pemerhati politik mengatakan bahawa BN/UMNO telah menerima Tsunami Yang hampir memecahkan Tembok pertahan BN / UMNO .

Tetapi setelah berlakunya peralihankuasa yang dilakukan oleh Tun Abdullah kepada Dato' Sri Najib bagi mengharapkan Tsunami Politik akan kembali reda dan tenang. Pelbagai langkah diambil Oleh Dato' Sri Najib bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN / UMNO terutama bangsa India dan Cina.

Keputusan dari usaha dan perancangan yang dibuat oleh PM nampaknya hanya mengembalikan sedikit kepercayaan rakyat MELAYU sahaja kepada BN / UMNO .Bagi Bangsa Cina dan India sedikit pon hati mereka tidak tertawan dari segala usaha yang dilakukan oleh PM kita.

berbalik kepada kekalahan BN / UMNO di PRK Permatang Pasir, apa yang saya dapat lihat kempen BN/UMNO dipermatang Pasir cukup hebat. Cuma kesalahan yang menyebabkan kekalahan adalah Laporan Jentera Parti. sehari sebelum hari mengundi saya mendapat Laporang dari Jentera kononya BN/UMNO telah mendapat 53%. ramai pengundi hitam sudah kelabu dan pengudi kelabu sudah putih.. dalam masa yang sama saya lihat kerjasama dari orang kampung bersama jentera cukup menyedihkan , Persoalanya darimana Laporan itu diperolehi?, adakah laporan itu hanya sekadar ingin menjaga Jawatan?, atau sekadar ingin menjaga nama baik ketua kumpulan? atau hanya ingin memberi laporan untuk menyedapkan hati sahaja?? dan kemana perginya MCA (bahagian), Gerakan (Bahagian) dan MIC (bahagaian)ketika waktu kempen berlangsung di Permatang Pasir???


kesimpilanya bahawa , PRK atau PRU yang akan datang Pastikan Laporan dari Jentera Parti mesti TEPAT dan parti kompenan mesti bersama-sama berkempen walaupun kempen tersebut berlangsung di kawasan kaum yang berbeza.. kesemua mesti bergabung..

sekian,

pandang,lihat, jeling serta fikir-fikirkanlah
-cicitmaharajalela-