Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Friday, March 6, 2009

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis. Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu. Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana. Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil. Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.Sementara di Istana Negara, suasana tenang dengan kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.Sebelum mereka berarak kira-kira jam 2.10 petang tadi, kelihatan ketua Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baha Zain dan naib presiden PAS Mohamad Sabu di Masjid sejak sebelum solat zohor, kira-kira jam 1.15 petang tadi.Demonstrasi anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu turut disertai Sasterawan Negara terkenal Datuk A Samad Said dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


ini lah kesanya kalau semua perkara nak di politikan. saya sebagai rakyat malaysia cukup terkilan dengan tindakan PR dalam menangani isu PPSMI. mereka ni semua pemimpin dari kalangan PR. Hadi Awang ni nak jadikan Malaysia ni macam thailand ker.. entahlah, setahu saya agama islam menuntut keamanan. dimana nilai seorang guru agama macam ni.. tapi ini semua salah anuar ibrahim. mengajar demontrasi jalanan. BODOH betul pemimpin PR ni.. Adakah begini kita nak sokong.

Thursday, March 5, 2009

rakyat perak sokong majlis peguam bubar dun????

Rakyat Perak sokong Majlis Peguam bubar Dun
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Thu Mar 05, 09 4:53:43 pm MYT
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Mengambil kira pergolakan politik yang tiada penghujungnya, rakyat Perak kini berani meluahkan perasaan dengan mendesak supaya pilihan raya kecil diadakan di negeri tersebut.

petikan dari harakah daily

siapa rakyat perak yang sokong??? itu hanya provokasi harakah dan PAS yang kononya kami ni rakyat perak menyokong bubar dun..

Majlis Peguam ni sebenarnya orang yang PR bukan NGO. tu sebab mereka berat sebelah.

Kalau sokong mereka semua bagus

Polis benarkan himpunan esok, rakyat 'tetamu' Istana Negara
Azamin Amin Fri Mar 06, 09 9:47:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Polis telah membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok dan sebagai satu 'signal' positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini.


ini adalah petikan dari harakah daily. semua pembaca lihat dan fikirkan. kalau pihak berkuasa ikut kehendak mereka (pembangkang) semua bagus, tetapi kalau tidak semua dah kene beli..
saya amat kecewa dengan mereka (pembangkang) kerana memperbodohkan rakyat.

adakah mereka(pembangkang) maksum, tak pernah salah dan semua betul, saya banyak bukti boleh mengaitkan dengan dakwaan saya ini. antara contohnya :-

1. pilihanraya di kuala terengganu, mereka kata polis dihantar ramai-ramai kerana untuk menjadi pengundi hantu. tetapi mereka menang tak timbul pon pengundi hantu.
2. MB selangor, setalah dato sri khir bertanyakan berapa kos membeli kereta toyota camry untuk kegunaan EXCO kerajaan Selangor, Dato khalid jawab 1.2juta, ini satu penipuan dan akhirnya dia mengaku membeli dengan harga 1.5juta 10 unit kereta.
3. Dato nasaruddin melompat parti dari BN ker PKR, Ir Nizar dengan senyum kambing cakap apa?? itu hak dia, mengapa perlu pilihanraya kecil dun bota. tapi setelah 3 ADUN PR melompat ke BEBAS , mengapa dia mengelupo macam cacing kepanasan.

jadi saya harap pembaca fikirkanlah dimana kebenaran dan dimana kemungkaran


sekian

Wednesday, March 4, 2009

melayu zaman ini

pada masa ini, krisis pilitik di Perak sudah mencapai tahap bercelaru dan membimbangkan. Apa yang ditakuti oleh pemimpin terdahulu hampir terjadi pada masa ini. sedar tak sedar setelah 51thn merdeka berbagai cara telah di lakukan oleh bangsa minoriti yang bukan bumiputera untuk melagakan melayu dengan melayu. ini telah terbukti pada masa ini. semua pasti tahu apa yang telah berlaku di negeri perak.
semua pembaca fikirkan adakah kerajaan BN kejam untuk mengambil atau merampas kembali negeri Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat dan cuba pembaca fikirkan adakah DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Raja Muda Perak tidak memikirkan kesan yang akan berlaku pada negeri Perak dengan tindakan Tuanku melantik MB YAB Dato Dr Zamry Abd Khadir dari BN untuk menerajui kerajaan negeri Perak?
Setahu saya Sultan Perak adalah salah seorang Sultan yang amat bijak dan yang paling adil dalam membuat keputusan. mesti baginda ada sebab yang munasabah untuk memutuskan keputusan yang golongan pembangkang kata tak adil dan berat sebelah.
Kita tidak nafikan bahawa Ir Nizar adalah melayu, tetapi beliau di permainkan dan dipergunakan oleh DAP. kita tidak nafikan bahawa Ir nizar ada membuat jasa pada rakyat berbangsa Melayu di Perak selama menjadi MB, tetapi berapa kadarnya berbanding yang DAP bagi pada bangsa cina. Mengapa beliau sangup meluluskan tanah kg baru selama 999 thn. apa salahnya beliau memberi syarat yang tegas kepada Nga dan Ngeh jika mereka berkeras untuk memberi 999thn hak milik kepada orang cina di kg baru. syarat yang saya maksudkan ialah dengan meminta semua tanah di perak ditukarkan status pajakan 99thn kepada 999thn untuk semua kaum. barulah adil.
Bila BN kata dia boneka Nizar tak menagaku, tapi itu ialah hakikat sebenar. Sekarang ini bila dah hilang kuasa dah rupa orang gila talak, meloncat kesana kesini menebar fitnah untuk bersekongkol dengan DAP memecahbelahkan orang melayu di Perak, bukan sahaja di perak tapi di seluruh tanah air.
akhir kata , semua pembaca fikirkanlah apa kebaikan yang dapat oleh banggsa melayu dengan berlakunya krisis politik di perak.. kepada PAS kembalilah kejalan perjuangan sebenar dan landasan asal yang tuan-tuan bawa sebelum ini. kepada UMNO teruskan perjuangan untuk memertabatkan melayu dimata dunia..Untuk PKR berhentilah berpolitik dengan mengadaikan maruah melayu.
sekian