Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Saturday, May 16, 2009

Kebiadapan ADUN DAP dan PR

SEBARKAN MAKLUMAT 'KEBIADAPAN' MEREKA INI !?!!!

Menurut sumber, Dewan Undangan Negeri Perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang semasa sidang Dewan Undangan Negeri.Mereka telah melakukan provokasi, mengeluarkan kata-kata kesat, memasuki kawasan tempat duduk ADUN BN dan menghalang tugas pegawai DUN itu.Disenaraikan kesalahan-kesalahan Adun Pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang DUN 7hb Mei 2009.

1. Sebahagian ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tergesa-gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk ADUN KERAJAAN.

2. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mewujudkan provokasi kepada ADUN KERAJAAN dengan memasuki ke tempat duduk ADUN KERAJAAN.

3. Timbalan Yang DiPertua Dewan Negeri, Y.B. Puan Hee Yit Foong telah dihina oleh ADUN PAKATAN PEMBANGKANG dengan dilemparkan wang kertas oleh Y.B. Encik Su Keong Siong dan Y.B. Encik Leong mee meng.

4. Y.B. Encik Su Keong Siong telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud 'pergi mati engkau...' dengan tujuan menghina kepada YB Timbalan Yang Dipertua Dewan.

5. Y.B. Encik Seah Leong Peng, ADUN Pasir Bedamar dan Y.B. Encik Su Keong Siong, ADUN Keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang Setiausaha Dewan Negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan.

6. Baju jubah Setiausaha Dewan Negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat Speaker Dewan Undangan Negeri.

7. Y.B. Encik Sivakumar a/l Varatharaju Naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku Raja Muda Perak yang telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan. Setiausaha Dewan Negeri telah mengingatkan kepada Y.B. Sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan.

8. Y.B. Encik Yew Tian Hoe, ADUN Au Long dengan sengaja telah duduk di kerusi Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (setelah Y.B. Sivakumar dibawa keluar) bagi menghalang Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik.

9. Teks prosiding dan bacaan doa Setiausaha Dewan telah dirampas dari pada Setiausaha Dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan. Y.B. Encik Yiew Tian Hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising.

10. Y.B. Encik Khalil Idham Lim. b. Abdullah ADUN Titi Serong, telah mencetak risalah-risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada ADUN-ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

11. ADUN Jalong dan ADUN Tebing Tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui.

12. Y.B. Sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan.

13. Lebih 10 orang termasuk Y.B. Ngeh Koo Ham, Y.B. Nga Kor Ming dan Speaker ADUN PAKATAN PEMBANGKANG meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi Tuanku.

14. Setiausaha Dewan telah menasihati Y.B. Sivakumar agar mengiringi Tuanku Raja Muda ke kamar Di Raja tetapi telah tidak diendahkan oleh Y.B. Sivakumar. Sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu.

15. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk ADUN KERAJAAN serta telah mengoyak beberapa tanda nama ADUN KERAJAAN.

16. EMPAT ATAU LIMA ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mengeluarkan kata-kata kesat kepada Y.B. SUK yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas.

17. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Y.A.B. Menteri Besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang DUN.

18. ADUN PAKATAN PEMBANGKANG menghalang Timbalan Speaker dan Speaker Y.B. Dato' R. Ganesan dari menjalankan tugas.

19. Speaker Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta Y.A.B. Menteri Besar dan 6 Exco serta 3 ADUN Bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan Mahkamah Persekutuan.

20. ADUN PAKATAN REMBANGKANG telah melemparkan Buku Perintah Tetap DUN ke arah Y.B. Timbalan Speaker.

21. Tindakan sebahagian besar ADUN PAKATAN PEMBANGKANG tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki DUN lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa-gesa memasuki DUN selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada Exco dan ADUN Barisan Nasional menunjukkan ADUN PAKATAN PEMBANGKANG mempunyai niat membuat haru-biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang DUN.

22. 5 - 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa ADUN PAKATAN PEMBANGKANG.

23. Pejabat Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan SUK Perak. Ianya bertujuan bagi mengelakkan DUN dari bersidang.

24. Bentara Dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.Rakyat mengesa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini.

Friday, May 15, 2009

Kesan Pembubaran DUN Perak, Jika berlaku

Assalamualaikum WBT....
saudara pembaca yang budiman, apa yang saya dengar pada masakini Rakyat Negeri Perak yang menyokong sebelah PR meronta-ronta memohon pembubaran DUN Perak dilaksanakan. Saya begitu pelik dan sangsi mengapa mereka inginkan pembubaran DUN, tidakkah mereka tahu kesannya jika berlakunya pembubaran DUN.
Saudara yang budiman, memang mudah untuk memohon untuk pembubaran DUN dan saya percaya kerajaan BN yang memerintahpun akan memohon pembubaran DUN jika difikirkan baik untuk orang melayu. Keyakinan yang dilemparkan oleh pemimpin PR terutama PAS ibarat mereka akan menang sehingga 22 kerusi dan akan memegang tampuk mejoriti didalam PR yang membolehkan PAS menjadi MB sekali gus menjadi ketua Kerajaan Negeri Perak.
saudara yang budiman, jika pembubaran DUN dilaksanakan dan Pilihanraya Peringkat DUN diadakan di Negeri Perak dan DAP meletakan calon meraka dari bangsa MELAYU, serta mereka juga yang mendapat mejoriti dalam PR yang membenarkan PR memerintah Negeri Perak serta MB ME+LAYU yang menjadi calon DAP itu dinobatkan sebagai MB PERAK apakah nasib orang melayu Perak akan terbela. Dengan 11 bln PR memerintah dan MB nya ME+LAYU dari PAS iaitu saudara NIZAR chin pon berbagai telah diluluskan oleh Nizar chin untuk orang cina diatas permintaan DAP,
Jadi, Adakah Saudara yakin jika DUN dibubarkan Pas akan Menang Besar, Jika saudara yakin PAS akan dapat membentuk kerajaan Negeri Perak saya pon akan setuju dengan pembubaran DUN tersebut demi kebaikan dan kemakmuran Orang MELAYU negeri PERAK yang saya cintai dan sayangi,
Saudara yang budiman, mendesak pembubaran DUN bukan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah krisis politik Perak pada masa ini. Cuma Nizar tak perlu hendak mempertahankan hak kononnya beliau masih MB, saya percaya beliau lebih tahu apa yang berlaku sepanjang beliau menjadi MB, cukup-cukuplah menabur fitnah.. terima kenyataan bahawa "NIZAR BONEKA DAP".
sekian,
tenung,lihat,jeling serta fikir-fikirkanlah
-cicitmaharajalela-

Wednesday, May 13, 2009

Mahfuz dan PR Tak Boleh Terima Kenyataan


assalamualaikum WBT.
Krisis Politik Perak yang berlaku pada masa ini amat banyak mengundang andaian, termasuk ketua penerangan pas selangor ini Mahfuz Omar, dalam Sinar harian hari ini belia telah mengatakan bahawa ada campurtangan politik yang menguasai keputusan makamah rayuan yang membenarkan Dato Seri Dr Zamry merayu agar menanguhkan keputusan makamah tempoh hari yang mengesahkan bahawa Ir Nizar sebagai MB yang Sah.
Pagi ini apabila saya membaca muka depan Sinarharian kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz saya tersenyum sendiri mengenangkan apa yang telah saya coretkan dalam blog saya adalah benar.
Dalam sanubari hati saya ini dan benak fikiran saya memikirkan mengapakah penyokong PR tidak melihat kebenaran dengan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pemimpin mereka. Adakah Allah SWT telah mengelapkan atau menutup hati dan fikiran mereka supaya tidak dapat melihat dan berfikir dengan waras mana yang benar dan mana yang tidak.
Permainan politik menyalahkan kerajaan dari parti pembangkang adalah amat biasa dilakukan oleh Pemimpin PR, tetapi mereka tidak sedar dalam keasyikan mencari dan menunding jari kepada kerajaan bahawa itu, ini , sana dan sini salah, rakyat telah ramai membuka mata dan pintu hati mereka dan membuat kesimpulan bahawa orang yang suka mencari kesalahan orang lain adalah orang yang rasa diri mereka terbaik tetapi hakikatnya mereka adalah orang yang paling banyak melakukan kesalahan tanpa mereka sedar.
ingatlah wahai saudara seagama dan sebangsa dengan saya bahawa satu jari menunding kesalahan orang lain empat lagi jari menunding kearah diri sendiri tanpa kita sedari.
sekian
lihat , jeling, pandang serta fikir-fikirkanlah.
cicitmaharajalela

Monday, May 11, 2009

NIZAR(PAS) Beli Sistem Kehakiman????

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnianya telah menyelesaikan kemelot politik di Negeri Perak. dengan keputusan makamah semalam (isnin 11.5.09) yang telah menyebelahi Nizar dan mengesahkan bahawa Nizar masih MB. Saya lihat ketika pemimpin PR bejalan keluar dari makamah Semua melemparkan senyuman bangga diatas kemenangan mereka dimakamah.

disini ingin saya mengambil kesempatan ingin bertanya kepada penyokong PR dan Pemimpin PR.
1. Kalau Kami penyokong BN ini mengatakan bahawa keputusan makamah semalam kerana telah dibeli oleh SDR Nizar bagaimana?

tapi saya orang yang masih waras berfikir dan tak kan menuduh atau menfitnah orang dengan sewenang-wenangnya. dan saya yakin keputusan Makamah adalah tepat dan Adil.

dengan keputusan tersebut membuktikan bahawa tuduhan dari PR selama ini adalah cukup meleset dan fitnah yang tak boleh dimaafkan.

Penyokong PR harus ingat bahawa tuduhan mengatakan SPRM, KEHAKIMAN dan POLIS serta PELBAGAI tuduhan fitnah dilemparkan kepada BN adalah berunsur fitnah..

bukalah mata wahai penyokong PR ..

tenung, lihat, dengar dan fikir-fikirkanlah...
sekian

cicitmaharajalela