Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, April 29, 2009

PR tuduh BN Diskriminasi, betul ker??



Ir nizar jamaluddin dalam ucapan beliau di Teluk Intan kemarin menuduh Kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO mengamalkan konsep diskriminasi dalam memberi bantuan kepada rakyat. tuduhan tidak berasas ini amat dikesali, kerana selama ini ramai anak-anak penyokong PR yang diberi bantuan atau biasiswa untuk melanjutkan Pelajaran Mereka.

Tidak ketinggalan juga penyokong PR yang menjadi petani cukup ramai yang menerima subsidi dari kerajaan. dimana kebenaran atas tuduhan tersebut. Apa yang saya perhatikan pemimpin PR cukup suka menabur fitnah walaupun mereka kononya berjuang diatas nama ISLAM. Setahu saya orang islam tidak dibenarkan mencaci sesama sendiri tetapi penyakit caci mencaci ini telah diajar atau dimulai oleh pemimpin PR.

Jika kerajaan BN mengamalkan diskriminasi sudah tentu ramai kontraktor yang bukan menyokong BN gulung tikar, apa yang dapat kita lihat ramai kontraktor PR yang telah meningkat dan menjadi hartawan serta jutawan. Nizar sendiri contohnya beliau adalah seorang ushawan yang cukup berjaya dalam perniagaan, bagaimana beliau boleh memperolehi kontrak dari PETRONAS GLC, FIBER MEDISERVE pada hal itu semua anak syarikat kerjaan pusat.

disini ingin saya mengambil maksud dari sepotong ayat Al-Quran " LA IN SYAKARTUM ALLAZI DAN NAKUM" yang bermaksud "jika kamu kufur dengan nikmatku nescaya akan ku tarik kembali rezekimu" .ini lah yang telah berlaku kepada Ir Nizar yang telah kufur nikmat dan ALLAH SWT telah menarik kembali kedudukan beliau setelah 11 bulan menjadi Menteri Besar.

Saya percaya bahawa pembaca semua boleh menilai atas tuduhan yang dibuat, BN tidak nafikan bahawa mungkin ada rakyat yang tercicir menerima bantuan dari kerajaan. tetapi kerajaan ada melantik pegawai kebajikan masyarakat untuk menilai dan dihubungi jika ada yang tercicir.

Pelbagai usha kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu golongan miskin. cuma apa yang saya perhatikan dasar kerajaan cukup sempurna cuma birokrasi kakitangan yang menyebabkan banyak bantuan yang diperuntukan tidak sampai kepada golongan sasaran. jadi wajarkah kita mempersalahkan pihak kerajaan.????


tenung,lihat,jeling serta fikir-fikirkan....


sekian,

cicitmaharajalela

Sunday, April 26, 2009

Melayu bergaduh sesama sendiri, yang untung siap?? mari kita fikirkan

Assalamualaikum W.B.T,

Saudara saudari dan sahabat semua, kali ini coretan saya bukan untuk memburuk-burukan mana-mana pihak, cuma saya mahu kalian semua fikir sedalam-dalamnya musibah yang sedang kita dan bangsa kita serta agama kita lalui dalam dunia hari ini.

hari ini saya telah berbual dengan rakan-rakan seperjuangan dalam Pemuda UMNO yang berlainan Bahagian.. kami menceritakan bertapa ruginya bangsa melayu hari ini dengan kehilangan Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi dan Pemansuhan ekuiti 30% bumiputera yang ingin memasuki tender 27 sektor perkhidmatan.

kesimpulan yang kami dapat adalah UMNO, PAS dan PKR(melayu) bergaduh, mengata, menfitnah, memaki dan sebagainya antara satu sama lain tak cukup dengan itu Dalaman UMNO pon bergaduh juga,cantas mencantas, kata mengata. Dalam Keasyikan semua ini tanpa kita sedari MCA berkerjasama dengan bangsa tiong hwa yang lain yang di ketuai oleh Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran sedang mencari jalan untuk mengubah module buku teks sejarah Malaysia supaya peranan dan pengorbanan Melayu tidak ditonjolkan . 2 tahun lepas, semasa TUN Abdullah sebagai Perdana Menteri beliau berjaya mengubah module kursus hubungan Etenik di IPTA.

Dalam keadaan kita sedang bertempur didalam dan diluar parti, mereka juga berjaya memberi tekanan kepada barisan kabinet supaya melanggar perlembagaan dengan mengurangkan kuota biasiswa bumi melayu dari 90% kepada 55%. dan selepas ini kita lihat dan dengar jika kita terus Alpa bergaduh sesama sendiri berbagai lagi akan di rampas hak kita sebagai bumi dan melayu di Malaysia ini.

Saya disini hanya boleh mencoretkan apa yang terbenak dalam fikiran, siapa lah yang hendak baca coretan dan luahan hati saya ini kerana melayu sekarang suka dengan tiadanya bantuan dan hak dirampas, Siapa lah yang peduli dengan luahan ini kerana Pemimpin lagi bijak menilai yang mana baik dan buruk..

saya sayangkan bangsa dan Agama saya,


FIKIRKAN LAH,
-cicitmaharajalela-


PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sejarah
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

[sunting] Pindaan
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-dua pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650. Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".

[sunting] Organisasi
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12 - Am dan pelbagai
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

[sunting] Artikel

[sunting] Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.

[sunting] Artikel 152
Rencana utama: Artikel 152 Perlembagaan Malaysia
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.

[sunting] Artikel 153
Rencana utama: Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

[sunting] Artikel 160
Rencana utama: Artikel 160 Perlembagaan Malaysia
Article 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada Islam di Malaysia dan orang Melayu disebabkan definisi seorang Melayu pada klausa 2.

[sunting] Lihat juga
Sejarah Malaysia
Politik Malaysia
Pilihan Raya Umum Malaysia
Status kebebasan agama di Malaysia