Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, March 11, 2009

'Polis cuba gertak keluarga saya'

Abdul Rahim Sabri Mar 12, 09 11:54am
Kehadiran polis di depan rumah editor blog - yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin - lewat malam tadi seolah-olah cuba "menggertak keluarganya", kata Mohd Shukri Mohd Ramli. Sedangkan, tambahnya, beliau telah memberikan kerjasama untuk siasatan polis sejak kelmarin, kata pengendali Pahang Daily Online kepada Malaysiakini.Beliau difahamkan tiga kereta peronda polis kelihatan sejam di depan rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan bermula 11 malam.Ketika dihubungi hari ini, Mohd Shukri berkata beliau tidak berada di rumah saat itu dan sewaktu pulang sejurus selepas tengah malam, semua kenderaan polis sudah meninggalkan kawasan tersebut. Sewaktu beliau mengadu perkembangan ini kepada penyiasat kes tersebut daripada Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan malam tadi, pegawai berpangkat ASP menyatakan tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.Mohd Shukri, yang juga dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau, berkata tiga kenderaan polis mungkin dari ibu pejabat polis daerah Kuantan, tempat beliau disoal siasat selama lima jam kelmarin.

petikan malaysia kini

apa andaian pembaca....
ini andaian saya, siapa suruh dia buat fitnah... kalau tak buat fitnah tak kan polis nak dok dpn umah dia macam tu..ingat polis tak ada kerja lain nak buat ker.. fikir ler saudara.. polis jalankan tugas, yang saudara pulak suka memandai-mandai nak jadi dukun tenun buat apa, merasa lah.. beginilah sikap orang PR atau penyokong PR , dia yang buat salah , nak salahkan orang lain... kembalilah kejalan yang diredhai Allah SWT

Pertemuan empat mata PM-Anwar cetus spekulasi


Mar 10, 09 8:18pm
Pertemuan empat mata antara perdana menteri dengan ketua pembangkang di sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini membuka spekulasi wujud rundingan antara dua tokoh politik negara itu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman yang diasaskan oleh seorang tokoh agama Syeikh Mahmud al-Majzub.Majlis yang turut dihadiri beberapa ulama luar negara itu bersempena sambutan Maulud Rasul. Isteri Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengiringi suaminya ke majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir di situ, menafikan wujud rundingan sulit antara Abdullah dengan Anwar seperti dispekulasikan oleh seorang penulis politik. Mohd Sayuti Omar, yang berada di madrasah waktu itu, berkata kedua-dua pemimpin itu berada di rumah Syeikh Mahmud lebih 90 minit, termasuk untuk makan."Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1.40 petang."Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. "Satu perundingan juga dikatakan berlaku (antara dua tokoh politik itu) dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!" tulis Mohd Sayuti di blog peribadinya.Bagaimanapun satu sumber dekat dengan Anwar memberitahu Malaysiakini petang ini, satu pertemuan tertutup dengan Abdullah berlangsung atas permintaan Syeikh Mahmud. Pertemuan selama 20 minit itu membangkitkan beberapa isu, antaranya penyerahan kuasa Abdullah kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Ia sudah terlambat," kata perdana menteri, menurut sumber PKR itu, apabila dipersoalkan oleh Anwar berhubung kelayakan Najib memimpin negara.Abdullah juga didakwa memberitahu Anwar bahawa masih ramai ahli-ahli parlimen Umno yang setia padanya walaupun parti itu bakal diketuai oleh Najib bulan depan.Dalam pertemuan itu juga, perdana menteri dan penasihat PKR berjanji untuk sentiasa membuka ruang berkomunikasi antara mereka berdua. Dalam blognya, tidak menafikan pertemuan empat mata itu, Anwar hanya berkata "terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadiran saya dan perdana menteri di Hulu Langat tengah hari tadi."

Tuesday, March 10, 2009

isu pengunaan nama allah oleh bukan islam

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi.


Dari Taib Azimuddin (bekas imam masjid negara)

tidak dinafikan didalam alquran ada menunjukan bahawa org bukan islam mengakui bahawa bumi di cipta oleh allah. tetapi yang kita bimbangkan adalah agenda tersembunyi yang mereka rancangkan.. pendapat saya sebagai orang islam tak perlu benarkan untuk keselamatan anak bangsa kita.. cuba bayangkan jika kita benarkan, anak-anak kita akan beli dan baca kitab mereka..jadi apa yang mereka akan nilaikan.. mereka belum boleh menilai sepenuhnya tetapi kita dedahkan kitab mereka pada peringkat yang terlalu muda..fikirkan

Monday, March 9, 2009

kerajaan BN perak Sah Di sisi Undang-undang


1.nii lah muka-muka penderhaka sultan perak...
2.ini ker cara dituntut oleh islam.
3.ini ker kemulian muslimah PAS, dah tak ada malu..ini ker ajaran islam
lelaki gmbr bwh pompuan ni sy kenal sgt kat kg medan dulu menipu pon kuat
adik ipar dia punya citer... nak tau...itu ker org yang pimpin islam...betul keluarga dulu.. malu lah
Fasal 16(2)(a)

Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu.


Fasal (16)(6)

Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonannya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.


Fasal (18)(2)



Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu –
(a)Lantikan seorang Menteri Besar
(b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;


Fasal (16)(7)

Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Yang Maha Mulia tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya