Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Thursday, September 24, 2009

Betul ke UMNO Assobiyah

Assalamualaikum W.B.T

Para pembaca yang dikasihi, saya ingin menjawab kenyataan Nizar Chin dalam Sinar Harian pada 23 sept 2009, beliau suruh rakyat tolak mana-mana parti yang berjuang dengan prinsip assobiyah atau perkauman.

saya bersetuju dengan kenyataan berikut kerana sebenarnya PAS lah yang berjuang dengan prinsip assobiyah atau perkauman. Sebelum PAS,PKR dan DAP bersatu atas nama PR atau Pakatan Rapuh, Pas selalu menyeru supaya Ahli-ahli mereka membeli barangan keperluan hanya pada bangsa Melayu dan beragama islam sahaja. Pas berhasrat untuk mencontohi pertubuhan Al-Arqam yang mampu menjana ekonomi mereka dengan sokongan ahli-ahli mereka.

tetapi sekarang sudah lain pula kenyataan pemimpin Pas, kononya mereka tidak perkauman, mengapa mereka boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten dengan prinsip perjuangan asal mereka. Semua ini kerana mereka sudah mula gilakan kuasa dan ingin mengelirukan pemikiran rakyat.

Jadi saya pun ingin meminta rakyat menolak Parti PAS, kerana merekalah sebenarnya yang mengamalkan prinsip Assobiyah. Kenyataan yang nizar chin berikan ini hanya ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri.

Berbeza dengan Perjuangan UMNO/BN , berjuang untuk semua bangsa. tidak pernah sekalipun pemimpin UMNO/BN menghasut ahli mereka supaya boikot kedai-kedai bangsa lain dinegara ini. Malah banyak keistimewaan diberikan kepada bangsa lain termasuk pendidikan dan perniagaan.

Mari kita lihat berapa ramai bangsa cina yang hidup kaya raya, begitu juga dengan bangsa india, ada yang menjadi peguam, doktor,guru dan peniaga. semua berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. kalau nak dilihat dari sudut yang berbeza pula, jika dikatakan kaum india, cina ada yang hidup dalam serba kekurangan, kaum melayu juga tidak terlepas dengan masalah itu. jadi kita harus berikan peluang dan sokongan kepada BN untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah kemiskinan itu.

kesimpulanya BN / UMNO tidak pernah mengamalkan perjuangan dengan prinsip Assobiyah, seperti dakwaan orang yang ingin meracun pemikiran rakyat Malaysia yang sekarang hidup dalam Aman dan Damai.