Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Wednesday, March 11, 2009

'Polis cuba gertak keluarga saya'

Abdul Rahim Sabri Mar 12, 09 11:54am
Kehadiran polis di depan rumah editor blog - yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin - lewat malam tadi seolah-olah cuba "menggertak keluarganya", kata Mohd Shukri Mohd Ramli. Sedangkan, tambahnya, beliau telah memberikan kerjasama untuk siasatan polis sejak kelmarin, kata pengendali Pahang Daily Online kepada Malaysiakini.Beliau difahamkan tiga kereta peronda polis kelihatan sejam di depan rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan bermula 11 malam.Ketika dihubungi hari ini, Mohd Shukri berkata beliau tidak berada di rumah saat itu dan sewaktu pulang sejurus selepas tengah malam, semua kenderaan polis sudah meninggalkan kawasan tersebut. Sewaktu beliau mengadu perkembangan ini kepada penyiasat kes tersebut daripada Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan malam tadi, pegawai berpangkat ASP menyatakan tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.Mohd Shukri, yang juga dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau, berkata tiga kenderaan polis mungkin dari ibu pejabat polis daerah Kuantan, tempat beliau disoal siasat selama lima jam kelmarin.

petikan malaysia kini

apa andaian pembaca....
ini andaian saya, siapa suruh dia buat fitnah... kalau tak buat fitnah tak kan polis nak dok dpn umah dia macam tu..ingat polis tak ada kerja lain nak buat ker.. fikir ler saudara.. polis jalankan tugas, yang saudara pulak suka memandai-mandai nak jadi dukun tenun buat apa, merasa lah.. beginilah sikap orang PR atau penyokong PR , dia yang buat salah , nak salahkan orang lain... kembalilah kejalan yang diredhai Allah SWT

2 comments:

Gajah Menta said...

Sekiranya para penyokong dan bloggers UMNO juga gagal untuk memberikan jawapan, maka ini memberi maksud bahawa bloggers dan penyokong UMNO/BN juga adalah dalam kalangan mereka yang tidak bermaruah, maka bolehlah RAKYAT anggap mereka seperti “Lembu yang dicucuk hidung” - mengikut pemimpin mereka tanpa usul periksa kerana mereka bebal, bahalol dan tolol.

Soalan-soalannya seperti berikut:

1- Kenapa Najib tidak disiasat?? (merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya Shariibuu)

2- Kenapa Najib tidak siasat dan jelaskan bagaimana C4 boleh terlepas keluar dari kawalan tentera??? (sedangkan beliau adalah Menteri Pertahanan semasa kes itu berlaku)

3- Kenapa sewaktu YB Gobind Singh menggelar Najib pembunuh di parlimen, Najib bertindak untuk keluar dari dewan persidangan dan tidak menafikan gelaran tersebut??

4- Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wartawan Perancis yang memberi bukti tentang kes pembunuhan Altantuya???

5- Kenapa apabila RPK memberi bukti tentang penglibatan Najib, Najib tidak disiasat dan RPK pula yang ditahan di bawah ISA??

6- Kenapa Najib berdalih kononnya beliau tidak mengenali Saiful Bukhari tetapi kemudiannya Najib mengaku beliau ada berjumpa Saiful di rumah dan pejabat TPM??

7- Kenapa Najib tidak berani dirinya dibicarakan di mahkhamah untuk membuktikan beliau tak bersalah??

Kepada pemimpin, blogger dan penyokong UMNO, sila jawab kesemua soalan yang diutarakan.

Mohd Razali b. Yahya said...

jawapan

1. sbb apa najib perlu disiasat, pihak polis akan sisat setelah menerima report aje.. ada ker saudara buat report kat balai kg gajah tu??

2. sbb najib bukan penjaga stor senjata tentera, dia menteri pertahanan. saudara sambung sekolah balik yer untuk tau tugas2 menteri

3. sbb najib adalah orang yang berpolitik secara profesional bukan macam pemimpin PR dok buat citer dan fitnah aje..kalau najib nafikan pon penyokong PR percaya ker.. dia telah bersumpah laknat bahawa tidak mengenali mangsa, Anuar berani bersumpah???

4. setiap pemberita dalam dunia boleh buat cerita apa sahaja yang mereka suka kerana dunia mengamalkan negara demokrasi..kalau kerajaan nak sama baik saman harakah dan suara keadilan cukup banyak fitnah telah ditaburkan..

5. sebab dia buat fitnah, kalau ada bukti reportlah kat balai dulu.

6. berjumpa setelah berlakunya sumbang mahram tu..bukan sebelum.

7. tak de kes nak naik kemakamah macam mana..report pon tak...