Selamat Datang / Welcome

"Tidak Melayu Hilang Di Dunia"

Thursday, October 29, 2009

sandiwara dan lakonan ADUN PR Perak

sidang dun yang berlaku pada 28/10/2009 baru-baru ini amatlah memalukan dengan tingkahlaku yang ditunjukan oleh ADUN PR serta penyokong mereka. sandiwara demi sandiwara dibuat oleh ADUN PR pada hari itu. kebetulan saya berada di tempat itu untuk menyaksikan sendiri bagaimana lakonan mantap ADUN PR dan penyokong mereka pada hari itu.

pada pagi itu penyokong dan ADUN PR berkumpul di hadapan pejabat DAP untuk berarak menghantar pemimpin mereka untuk menghadiri sidang DUN ke pekarangan SUK. apa yang menjadi persoalannya mengapa perlu berkumpul begitu untuk menghadirkan diri ke persidangan tersebut. jika mereka hadir mesyuarat tersebut secara biasa datang dan masuk kedewan , pihak polis pun tidak akan menganggu mereka.

mereka terus berarak ke garisan yang ditetapkan oleh makamah ia itu 50 meter dari dewan. samapai disitu mereka menjerit "hidup..hidup..hidup rakyat!! sambil Nizar mengetuai rombongan itu bercakap dengan pihak polis..selang beberapa minit pihak polis membenarkan semua ADUN PR masuk kedalam sementara penyokong PR tinggal di garisan 50meter dari dewan. setelah ADUN PR masuk saya kedengaran salah seorang penyokong PR bercakap "Alhamdulillah mereka dah dapat masuk" dalam hati saya berkata bila pula mereka tak dibenarkan masuk. saya pelik lakonan mereka pada hari itu.

selang 15minit ADUN masuk , semua ADUN PR kelihatan berjalan keluar...nizar chin pon mengeluarkan kenyataan "kami ADUN PR dihalang oleh pihak polis untuk masuk kedewan" selepas tu mereka berjalan kembali masuk semula ke pakarangan dewan. jadi kenyataan itu menyebabkan penyokong mereka naik marah.. Nizar dan ADUN PR telah membuat hasutan kepada penyokong mereka.. selang 15minit selepas itu Sivakumar dan ADUN pasir berdamar pula keluar mengatakan "saya dicekik dan jubah saya dirampas" setelah itu terus masuk kembali ke dewan undangan negeri..yang menjadi tandatanya , mengapa perlu kejap masuk, kejap keluar..semua itu untuk menaikan kemarahan penyokong mereka agar boleh membuat kecoh..

selepas sivakumar masuk, bergegaslah penyokong PAS membentang banner untuk dijadikan alas atau sejadah untuk buat solat hajat.. mereka sedar atau tidak, bila mereka ambil wuduk atau kalau dah ambil sekalipun semasa perakrakan mereka tadi tidak ker mereka bersentuhan atau yakin ker mereka akan kebersihan kawasan itu. satu lagi mereka sedar atau tidak mereka telah sembahyang lari 15 darjah dari arah kiblat.

kesimpulanya , tak perlulah menunjuk-nunjuk kononnya mereka tu alim sangat padahal arah kiblat pon silap..

di sini saya setakan gambar-gambar pada hari tu






No comments: